83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Januari 2021                  Analisis Sesi Petang

Dolar menjunam susulan komen dari Yellen mengenai rangsangan COVID-19.

Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh susulan dengan para pelabur menghadamkan komen baru-baru ini dari calon Setiausaha Perbendaharaan A.S. Janet Yellen mengenai perbelanjaan yang besar. Dalam perbicaraan Senatnya pada hari Selasa, Janet Yellen telah mendesak Kongres untuk “bertindak besar” atas rangsangan COVID-19 dan bimbang tentang hutang kemudian dengan alasan bahawa faedah ekonomi jauh melebihi risiko beban hutang yang lebih tinggi. Selain itu, beliau juga menambahkan bahawa nilai dolar harus ditentukan oleh kekuatan pasar dan AS perlu menentang percubaan daripada negara lain untuk memanipulasi nilai mata wang. Komen-komen tersebut membantu mengurangkan nada penghindaran risiko dan menurunkan daya tarikan dolar AS sebagai mata wang selamat. Oleh kerana Joe Biden dilantik sebagai Presiden A.S. pada masa nanti, para pelabur akan mengalihkan tumpuan mereka pada acara tersebut untuk mendapatkan sebarang isyarat untuk pasaran. Pada masa penulisan, indeks dolar merosot sebanyak 0.14% hingga 90.30.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.70% kepada $53.34 setong semasa penulisan berikutan dengan jangkaan terhadap rangsangan AS terus menyokong sentimen. Berdasarkan dengan pelantikan Joe Biden sebagai presiden dan komen perbelanjaan besar dari Janet Yellen, harapan terhadap pentadbiran Joe Biden yang akan masuk boleh mendorong kepada langkah-langkah rangsangan A.S besar yang lebih lanjut telah meningkatkan harapan untuk permintaan bahan bakar, justerunya meningkatkan harga komoditi ini. Sebaliknya, harga emas melanjutkan keuntungannya dan meningkat sebanyak 0.49% kepada $1849.18 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

23:00                  CAD                    BoC Monetary Policy Report

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – CPI (YoY) (Dec) 0.3% 0.5%
18:00 EUR – CPI (YoY) (Dec) -0.3% -0.3%
21:30 CAD – Core CPI (MoM) (Dec) 0.2%
23:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 90.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.80.

 

Tahap rintangan: 90.45, 90.90

Tahap sokongan: 89.50, 89.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3625. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3695.

 

Tahap rintangan: 1.3695, 1.3795

Tahap sokongan: 1.3625, 1.3545

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2145. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2145, 1.2215

Tahap sokongan: 1.2075, 1.1985

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 103.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 104.15, 104.70

Tahap sokongan: 103.65, 103.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7735. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7735, 0.7785

Tahap sokongan: 0.7670, 0.7610

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7110. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7165, 0.7235

Tahap sokongan: 0.7110, 0.7015

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2710. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2825, 1.2925

Tahap sokongan: 1.2710, 1.2630

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.8920. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.8855.

 

Tahap rintangan: 0.8920, 0.8980

Tahap sokongan: 0.8855, 0.8800

 

CrudeOIL, Weekly: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 50.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 60.20.

 

Tahap rintangan: 60.20, 65.60

Tahap sokongan: 50.05, 41.75

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1828.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1859.10.

 

Tahap rintangan: 1859.10, 1879.15

Tahap sokongan: 1828.80, 1808.05