83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 April 2020                       Analisis Sesi Pagi

 

 

Dolar menurun ketika ekonomi AS akan dibuka tidak lama lagi.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama merosot ketika Presiden AS Donald Trump merancang untuk membuka ekonomi secepat mungkin, sambil menyerahkannya kepada gabenor untuk memutuskan masa dan keluasan yang tidak jelas dalam garis panduan untuk membuka semula ekonomi . Walaupun ada kawasan serius baru muncul dan tidak ada tanda-tanda meratakan dalam penyebaran coronavirus, majoriti warga AS telah mula melakukan aktiviti protes terhadap pentadbiran AS untuk melanjutkan pengerakan sekatan di negara adalah tidak diperlukan, kerana kehidupan mereka telah terjejas pada waktu ini. Oleh kerana wabak coronavirus telah melanda ekonomi AS, pemimpin AS sekarang mendesak untuk membuka semula ekonomi mereka supaya dapat menyokong ekonomi mereka daripada kesan negatif Koronavirus. Walaupun pelan pembukaan ekonomi secepat mungkin terdengar baik bagi sebuah negara dalam jangka pendek, namun tanpa rencana dasar yang baik seperti langkah pencegahan virus yang kuat, virus berkemungkinan akan melantun daripada kejatuhan dan merosot ekonominya sekali lagi. Dengan statistik terkini, kes yang disahkan di AS mencecah rekod 700,000 sementara kadar kematian hampir 40,000 kes. Setakat ini, pelabur kini mengawasi perkembanga isu Covid-19 dan memberi perhatian terhadap tindakan yang akan diambil oleh kerajaan AS. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar turun sebanyak 0.04% ke 99.70.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 4.68% ke $17.31 setong susulan dengan kebimbangan pasaran yang semakin meningkat terhadap wabak coronavirus mungkin terus menghantui prospek komoditi hitam ini. Sentimen pasaran minyak masih pesimis sementara pasaran masih menunggu pemangkin yang selanjutnya. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.44% ke $1676.40 setroy auns disebabkan oleh peningkatan selera pasaran terhadap aset yang lebih berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German PPI (MoM)(Mar) -0.4% -0.7%
17:00 EUR – Trade Balance (Feb) 1.3B

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 99.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan di 99.70.

 

Tahap rintangan: 101.20, 102.90

Tahap sokongan: 99.70, 98.30

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah seleapas ia berundur berhampiran tahap rintangan di 1.2520. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2415.

 

Tahap rintangan: 1.2520, 1.2620

Tahap sokongan: 1.2415, 1.2340

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20 MA (Merah). Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 1.0940, 1.1025

Tahap sokongan: 1.0830, 1.0765

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 107.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 107.00.

 

Tahap rintangan: 107.70, 108.55

Tahap sokongan: 107.00, 106.30

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan MA 50 (Biru). Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 0.6460, 0.6705

Tahap sokongan: 0.6180, 0.5975

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.5995.

 

Tahap rintangan: 0.6055, 0.6120

Tahap sokongan: 0.5995, 0.5925

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran tahap sokongan di 1.3980. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.4105.

 

Tahap rintangan: 1.4105, 1.4240

Tahap sokongan: 1.3980, 1.3790

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9650.

 

Tahap rintangan: 0.9685, 0.9745

Tahap sokongan: 0.9650, 0.9570

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia beurundur dari tahap yang lebih tinggi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 25.90, 27.40

Tahap sokongan: 23.75, 21.80

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1683.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1666.25.

 

Tahap rintangan: 1683.50, 1700.15

Tahap sokongan: 1666.25, 1644.85