20 April 2021 Analisis Sesi Pagi
Paun melonjak susulan dengan prospek positif terhadap vaksin Covid-19.
Paun Sterling telah mencatat keuntungannya semalam susulan dengan para pelabur membuat spekulasi bahawa perkembangan ekonomi UK akan terus memulih dari pandemi Covid-19 dalam beberapa bulan yang akan datang dengan latar belakang prospek positif vaksin Covid-19. Pada masa kini, kes-kes Covid-19 di negara UK telah menunjukkan bacaan yang sangat rendah manakala pelonggaran dalam dasar-dasar “lock-down” dijangkakan akan memberangsangkan perkembangan ekonomi di United Kingdom, yang selanjutnya mencetuskan daya tarikan ke atas Paun Sterling. Walaupun terdapat beberapa kebimbangan mengenai kekurangan pengeluaran vaksin dalam bulan April susulan dengan masalah “blood-clotting” dari vaksin AstraZeneca dan Johnson & Johnson, pihak berkuasa UK menegaskan bahawa negara UK masih berada di landasan yang tepat untuk menawarkan dos pertama vaksin kepada semua orang dewasa pada akhir bulan Julai. Negara UK setakat ini mempunyai kadar vaksinasi tertinggi di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, data pekerjaan untuk bulan Februari akan dibebaskan pada hari ini. Para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai data-data ekonomi yang penting dari rantau UK dan juga pandemik Covid-19 untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut. Semasa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.04% ke 1.3985.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.13% ke $63.55 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS selepas hasil Perbendaharaan AS jatuh semalam, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.20% ke $1777.25 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penurunan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Feb) | 4.8% | 4.8% | – |
| 14:00 | GBP – Claimant Count Change (Mar) | 86.6K | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 91.35. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 90.80.
Tahap rintangan: 91.35, 92.00
Tahap sokongan: 90.80, 90.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3995. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3995, 1.4140
Tahap sokongan: 1.3905, 1.3800

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2045. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2045, 1.2120
Tahap sokongan: 1.1985, 1.1920

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 108.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 107.70.
Tahap rintangan: 108.45, 109.20
Tahap sokongan: 107.70, 106.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7770. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7705.
Tahap rintangan: 0.7770, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7705, 0.7665

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7110. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7250.
Tahap rintangan: 0.7250, 0.7435
Tahap sokongan: 0.7110, 0.6960

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintagnan terdahulu 1.2515. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2565.
Tahap rintangan: 1.2565, 1.2615
Tahap sokongan: 1.2515, 1.2475

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9225. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9225, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9060, 0.8910

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 63.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 63.60, 64.80
Tahap sokongan: 61.85, 59.90

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1791.80. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1791.80, 1853.30
Tahap sokongan: 1755.25, 1723.60