20 April 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar menjunam berikutan jangkaan inflasi yang semakin lemah.
Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan kelemahannya dan jatuh susulan dengan pasaran membalikkan spekulasi Fed untuk mengetatkan dasar monetari tidak lama lagi. Sebelum ini, pasaran menjangkakan bahawa pemulihan AS dari pandemik koronavirus dapat mendorong inflasi dengan lebih tinggi dan memberi tekanan kepada Fed untuk mengetatkan dasar kewangan. Namun, komen Fed yang dovish dan data inflasi AS yang tidak mengejutkan pada minggu lalu telah menumpahkan air sejuk pada spekulasi tersebut. Fed baru-baru ini menyatakan bahawa bank pusat tidak berkemungkinan untuk menaikkan kadar faedah sebelum 2024 walaupun terdapat tanda-tanda pemulihan. Sebaliknya, para pelabur juga menjual dolar AS untuk mata wang berisiko yang lain kerana hasilnya lebih tinggi. Pada masa penulisan, indeks dolar jatuh 0.10% kepada 90.83.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.80% kepada $ 63.95 setong semasa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar dan jangkaan untuk penurunan inventori A.S. Setakat ini, kelemahan dolar A.S. terus memberikan sokongan kepada komoditi susulan dengan penurunan dalam hasil perbendaharaan A.S sebelum ini. Di samping itu, stok minyak mentah AS juga dijangka akan menurun untuk minggu lalu, menurut kepada tinjauan awal Reuter. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.15% kepada 1773.15 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan dolar yang lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Feb) | 4.8% | 4.8% | – |
| 14:00 | GBP – Claimant Count Change (Mar) | 86.6K | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 90.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 91.25, 91.55
Tahap sokongan: 90.95, 90.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3990. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3990, 1.4045
Tahap sokongan: 1.3945, 1.3910

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2030. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2060.
Tahap rintangan: 1.2060, 1.2100
Tahap sokongan: 1.2030, 1.1990

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 108.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 107.65.
Tahap rintangan: 108.30, 109.20
Tahap sokongan: 107.65, 107.00

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7735. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7815.
Tahap rintangan: 0.7815, 0.7905
Tahap sokongan: 0.7735, 0.7665

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7170. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7235.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7110

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2510. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2630, 1.2775
Tahap sokongan: 1.2510, 1.2390

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9185. MACD yang menunjukkan isyarat momentum beairsh yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9110.
Tahap rintangan: 0.9185, 0.9220
Tahap sokongan: 0.9110, 0.9030

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 63.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya menutup di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 63.70, 65.40
Tahap sokongan: 62.50, 61.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1768.20. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1788.50, 1803.40
Tahap sokongan: 1768.20, 1755.60