20 Mei 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun sterling melonjak selepas data pekerjaan yang bercampur dibebaskan.
Di antara semua mata wang utama, Paun sterling berjaya mengekalkan momentum kenaikan dan mencapai tahap tertinggi dalam tempoh satu minggu setelah UK menbebaskan data buruh yang bercampur pada hari semalam. Menurut Office of National Statistics, data UK Claimant Count Change dibebaskan pada 856.5K, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi pada 676.5K, menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam jumlah warganegara UK memohon untuk insurans pengangguran semasa penularan wabak koronavirus. Di tengah pandemi ini, ekonomi UK telah merosot dengan ketara seperti negara-negara lain, di mana perniagaan dan pengilang tempatan terpaksa menghentikan operasi mereka untuk memerangi kesan negatif koronavirus. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran di UK untuk bulan Mac tidak sangka lebih baik daripada ramalan ahli ekonomi, menunjukkan bacaan 3.9% berbanding dengan 4.4%. Isyarat bercampur di pasaran pound nampaknya lebih menarik semasa berbanding dengan pasaran dolar AS kerana komen yang diberikan oleh Jerome Powell mengenai dasar monetari terus menekan pada mata wang ini. Pada masa penulisan, GBP/USD meningkat 0.02% ke 1.2250.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.05% ke $31.95 per barel di tengah peningkatan harapan pasaran terhadap pemotongan pengeluaran minyak akan berjaya menyelesaikan masalah bekalan yang melebihi. Di samping itu, pelonggaran penguncian negara juga meningkatkan keyakinan pasaran terhadap pasaran komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas mencatat kerugian sebanyak 0.01% ke $1744.35 setroy auns susulan dengan peningkatan selera pasaran terhadap aset yang lebih berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 USD FOMC Meeting Minutes
(21hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – CPI (YoY)(Apr) | 1.5% | 0.9% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY)(Apr) | 0.5% | 0.3% | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM)(Apr) | 0.7% | – | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 1.350M | 1.000M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 99.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 100.85, 102.90
Tahap sokongan: 99.45, 98.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 50 MA (Biru). MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2215.
Tahap rintangan: 1.2305, 1.2370
Tahap sokongan: 1.2215, 1.2115

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.0940. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.0885.
Tahap rintangan: 1.0940, 1.1025
Tahap sokongan: 1.0885, 1.0830

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 107.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 108.20.
Tahap rintangan: 108.20, 109.40
Tahap sokongan: 107.20, 106.25

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6555. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6555, 0.6705
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6180

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6065. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6150, 0.6205
Tahap sokongan: 0.6065, 0.5995

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3855. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3980.
Tahap rintangan: 1.3980, 1.4120
Tahap sokongan: 1.3855, 1.3670

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9710. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.
Tahap rintangan: 0.9750, 0.9795
Tahap sokongan: 0.9710, 0.9660

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 33.00. MACD yang menunjukkan isyarat bearish divergence mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 30.50.
Tahap rintangan: 33.00, 35.30
Tahap sokongan: 30.50, 28.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1738.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1757.60.
Tahap rintangan: 1757.60, 1766.35
Tahap sokongan: 1738.15, 1726.05