83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Mei 2020                        Analisis Sesi Petang

 

Pasangan Euro melonjak susulan dengan data ekonomi yang positif.

Pasangan Euro telah melonjak selepas data ekonomi yang positif dari rantau Eropah telah dibebaskan semalam. Menurut kepada ZEW, Jerman ZEW Economic Sentimen telah meningkat dengan mendadak dari bacaan terdahulu sebanyak 28.2 ke bacaan sebanyak 51.0, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 32.0, yang selanjutnya meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Eropah. Selain itu, euro melanjutkan keuntungannya susulan dengan cadangan rangsangan ekonomi dari Perancis dan Jerman untuk memerangi pemusnahan ekonomi yang akibat daripada wabak koronavirus. Menurut kepada Reuters, Perancis dan Jerman telah mengusulkan pada hari Isnin yang lalu bahawa rangsangan pemulihan ekonomi yang sebanyak 500 bilion euro untuk menyelesaikan masalah kecairan dan kesolvenan bagi wilayah dan sektor. Sekiranya rancangan tersebut telah disokong oleh negara-negara anggota, Suruhanjaya Eropah akan dapat mengumpulkan dana melalui pasaran awam. Tambahan pula, anggota Eropah dijangkakan akan mengemukakan cadangan mereka sebelum sidang kemuncak Eropah yang telah dijadualkan pada 27hb Mei 2020. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai mesyuarat Menteri Kewangan EU pada hari ini untuk menerima isyarat dagangang yang lanjutnya. Semasa penulisan, EUR/USD telah meningkat sebanyak 0.16% ke 1.0939.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.54% ke $31.87 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas data inventori yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Amerika Petroleum Institusi, stok minyak mentah Mingguan API daripada A.S. telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 7.580M ke bacaan sebanyak -4.800M, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 2.400M sambil mengurangkan kebimbangan mengenai masalah lebihan bekalan minyak mentah. Sebaliknya, aset-selamat emas telah meningkat sebanyak 0.20% ke $1748.15 se troy auns susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX selepas laporan dari laman web berita perubatan STAT mendakwa bahawa data awal dari vaksin COVID-19 Moerna Inc adalah tidak cekap.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00                     USD                      FOMC Meeting Minutes

(21hb)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – CPI (YoY)(Apr) 1.5% 0.9%
17:00 EUR – CPI (YoY)(Apr) 0.5% 0.3%
20:30 CAD – Core CPI (MoM)(Apr) 0.7%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 1.350M 1.000M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 99.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 99.40, 98.40

Tahap sokongan: 100.25, 100.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2265. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2080.

 

Tahap rintangan: 1.2265, 1.2435

Tahap sokongan: 1.2080, 1.1870

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.0885 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan terkini 1.0885.

 

Tahap rintangan: 1.0995, 1.1140

Tahap sokongan: 1.0885, 1.0805

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 107.95. Namum, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 107.35.

 

Tahap rintangan: 107.95, 108.55

Tahap sokongan: 107.35, 106.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6560. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6390.

 

Tahap rintangan: 0.6560, 0.6685

Tahap sokongan: 0.6390, 0.6265

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6070. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan terkini 0.6070.

 

Tahap rintangan: 0.6150, 0.6250

Tahap sokongan: 0.6070, 0.6005

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3875. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.4015.

 

Tahap rintangan: 1.4015, 1.4130

Tahap sokongan: 1.3875, 1.3685

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9680. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9790, 0.9890

Tahap sokongan: 0.9680, 0.9595

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 33.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 28.00.

 

Tahap rintangan: 33.60, 38.45

Tahap sokongan: 28.00, 21.35

 


 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1728.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1768.05.

 

Tahap rintangan: 1768.05, 1800.00

Tahap sokongan: 1728.95, 1672.85