20 Mei 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS merosot berikutan data ekonomi yang lemah.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama menyusut sejak semalam selepas data ekonomi negatif dikeluarkan. Menurut kepada Department of Labor AS, Initial Jobless Claims AS telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 197K ke 218K, melebihi ramalan pasaran sebanyak 200K. Data tersebut telah menunjukkan bahawa bilangan orang yang memohon insurans pengangguran kali pertama telah meningkat, membayangkan bahawa pasaran buruh AS sementara kini berkemungkinan kurang stabil. Keadaan tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di AS. Selain itu, Existing Home Sales AS merekodkan pada bacaan sebanyak 5.61M, melepasi ramalan pasaran sebanyak 5.65M. Existing Home Sales digunakan untuk mengukur perubahan dalam bilangan tahunan bangunan kediaman sedia ada yang dijual pada bulan sebelumnya, dan data yang lebih rendah daripada jangkaan menunjukkan bahawa kemelesetan dalam pasaran perumahan AS, mendorong momentum bearish selanjutnya ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.91% ke 102.91.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.66% ke $109.16 setong semasa penulisan. Namun, aliran keseluruhan harga minyak kekal menaik susulan dengan jangkaan pasaran bahawa China akan melonggarkan sekatan ‘lockdown’ yang boleh meningkatkan permintaan minyak. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $1841.91 se-troy ounces semasa penulisan di tengah-tengah kejatuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
14:00 | Retail Sales (MoM) (Apr) | -1.4% | -0.2% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 103.15, 103.75
Tahap sokongan: 102.50, 101.75
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2535, 1.2615
Tahap sokongan: 1.2430, 1.2360
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0605, 1.0685
Tahap sokongan: 1.0500, 1.0415
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 128.00, 129.05
Tahap sokongan: 127.20, 126.25
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7155
Tahap sokongan: 0.6995, 0.6925
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6425, 0.6500
Tahap sokongan: 0.6350, 0.6295
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2875, 1.2970
Tahap sokongan: 1.2765, 1.2635
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9740, 0.9795
Tahap sokongan: 0.9675, 0.9595
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 110.65, 113.10
Tahap sokongan: 107.50, 104.35
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1851.70, 1883.35
Tahap sokongan: 1830.15, 1798.65