20 Jun 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS merosot di tengah-tengah nada hawkish daripada ahli Fed.
Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama pulih daripada kerugian sebelum ini selepas ahli Rizab Persekutuan (Fed) memberikan kenyataan hawkish yang berkaitan dengan kadar kenaikan kadar faedah masa depan. Dalam temu bual dengan Presiden Bank Fed di Minneapolis, Neel Kashkari menyebut bahawa beliau menyokong kenaikan kadar faedah 0.75 mata asas bank pusat A.S. pada minggu lepas dan beliau menyokong satu lagi yang bersaiz serupa pada bulan Julai, tetapi berkata Fed harus “berhati-hati tentang melakukannya terlalu banyak dan terlalu cepat. Kenyataan yang hawkish seperti itu meningkatkan sentimen bullish di pasaran dolar, kerana kenaikan kadar yang agresif dijangka akan dilaksanakan oleh Fed dalam mesyuarat akan datang. Selain itu, pemangkin yang menyokong dolar AS menamatkan sesi dagangan Jumaat dengan keuntungan yang kukuh adalah selepas Bank of Japan mengekalkan dasar monetarinya yang sangat longgar berbanding dengan pengetatan agresif yang dilaksanakan oleh negara-negara lain. Dengan itu, pelabur memilih untuk memindahkan modal mereka daripada Yen Jepun ke pasaran lain dengan pulangan bebas risiko yang lebih tinggi seperti dolar AS. Semasa penulisan, indeks dolar naik 0.02% ke 104.75.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.25% ke $111.70 selepas jatuh dengan ketara semasa sesi dagangan lewat Jumaat yang disebabkan oleh kebimbangan kemelesetan yang semakin meningkat. Selain itu, harga emas turun 0.03% ke $1838.90 setroy auns selepas dolar AS naik semula ke paras tinggi baru-baru ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day USD United States – Juneteenth
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya di 104.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 104.45, 105.00
Tahap sokongan: 104.00, 103.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2235. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.2235, 1.2280
Tahap sokongan: 1.2165, 1.2085
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0490. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.0490, 1.0565
Tahap sokongan: 1.0440, 1.0370
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 135.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 135.25, 136.50
Tahap sokongan: 133.15, 131.25
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6955. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6850.
Tahap rintangan: 0.6955, 0.7035
Tahap sokongan: 0.6850, 0.6750
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6285. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6365.
Tahap rintangan: 0.6365, 0.6430
Tahap sokongan: 0.6285, 0.6225
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3050. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2975.
Tahap rintangan: 1.3050, 1.3110
Tahap sokongan: 1.2975, 1.2910
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9665. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.9750, 0.9825
Tahap sokongan: 0.9665, 0.9590
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 108.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1111.15, 113.15
Tahap sokongan: 108.00, 105.60
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1850.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1830.00.
Tahap rintangan: 1850.00, 1871.15
Tahap sokongan: 1830.00, 1809.00