83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Julai 2022                       Analisis Sesi Petang

RBA menyasarkan kenaikan kadar yang agresif, AUD/USD melonjak.

AUD/USD telah didagang dengan lebih tinggi sepanjang sesi dagangan semalam di tengah-tengah peningkatan jangkaan kenaikan kadar faedah daripada bank pusat Australia. Menurut kepada Reuters, Gabenor Bank Rizab Australia (RBA) Philip Lowe telah menyampaikan ucapannya dalam persidangan perniagaan di Melbourne, berkata bahawa inflasi yang meningkat tidak seharusnya memberi kesan kepada perniagaan dan isi rumah. Beliau mencadangkan bahawa kenaikan kadar faedah boleh dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada paras rendah semasa, yang mungkin memerlukan kenaikan kadar faedah daripada 1.35% semasa ke paras neutral sekurang-kurangnya 2.5% untuk menangani inflasi yang mencapai paras tinggi sebanyak 5.1 %. Beberapa minggu lalu, RBA telah menaikkan kadar faedahnya selama tiga bulan berturut-turut manakala peserta pasaran meramalkan kenaikan kadar selanjutnya kepada 3.5% menjelang akhir tahun, yang menaikkan daya tarikan Dolar Australia. Selain itu, Dolar Australia melanjutkan keuntungannya susulan dengan kemerosotan Dolar AS. Semasa penulisan, AUD/USD meningkat sebanyak 0.06% ke 0.6899.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.46% ke $100.30 setong semasa penulisan kerana peningkatan jumlah kes Covid-19 di China akan menjejaskan permintaan dunia untuk minyak. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.13% ke $1708.50 se-troy auns semasa penulisan berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi daripada bank pusat utama.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – CPI (YoY) (Jun) 9.1% 9.2%
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (Jun) 0.8%
22:00 USD – Existing Home Sales (Jun) 5.41M 5.38M
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 8.235M -1.933M

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 107.30, 108.80

Tahap sokongan: 105.25, 103.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2115, 1.2175

Tahap sokongan: 1.2010, 1.1870

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.0315, 1.0385

Tahap sokongan: 1.0235, 1.0145

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 138.60, 139.90

Tahap sokongan: 137.35, 136.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6930, 0.7005

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6770

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 0.6295, 0.6350

Tahap sokongan: 0.6235, 0.6145

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2875, 1.2940

Tahap sokongan: 1.2800, 1.2730

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9740, 0.9820

Tahap sokongan: 0.9675, 0.9595

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 103.30, 107.60

Tahap sokongan: 97.70, 93.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1718.90, 1737.30

Tahap sokongan: 1700.95, 1681.85