83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Ogos 2018              Analisis Mingguan

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Ogos 20 – 24

Kajian Pasaran (Forex): August 13 – August 17

Dolar AS

Dolar AS telah meneruskan kejatuhannya berikutan dengan pelepasan Indeks Sentimen Pengguna Michigan terkini yang mengeluarkan keputusan yang lemah. Indeks dolar telah jatuh sebanyak 0.53% dan menutup harga pada 95.98 minggu lepas.

 

Menurut kepada University of Michigan yang memantau tahap keyakinan dari para pengguna dalam aktiviti ekonomi, indeks telah membuktikan keyakinan para pengguna untuk bulan Ogos telah menurun dengan bacaan 95.3 berbanding ramalan pasaran 98.0. Selain itu, potensi kenaikan dolar juga telah dihadkan oleh pemulihan Turki dan China Yuan yang telah mengukuhkan kebanyakan pasaran mata wang terhadap dolar. Untuk menghentikan Lira dari jatuh, Presiden Turki Tayyip Erdogan telah melancarkan pelan tindakan ekonomi minggu lalu yang telah meredakan kebimbangan pasaran serta memberi pemulihan untuk Lira. Tambahan pula, kebimbangan mengenai konfkik perdagangan AS-China juga telah menyusut sejak pegawai dari China telah mengumumkan lawatan ke Amerika Syarikat untuk meneruskan perbincangan perdagangan antara dua negara tersebut.

 

Secara keseluruhannya, kekukuhan dolar telah berkurang terhadap pesaing utamanya dan daya risiko untuk dolar juga telah menurun dengan pemulihan Turki yang berterusan serta penyusutan kebimbangan pasaran dengan China dan Amerika Syarikat memperbaharui perbincangan perdagangan yang terus menyokong China Yuan dan kebanyakan pasaran menentang dolar.

 

USD/JPY

USDJPY telah jatuh sebanyak 0.36% kepada 110.47 semasa sesi dagangan lewat Jumaat.

 

EUR/USD

EURUSD telah menyusut sebanyak 1.01% ke 1.1407 berbanding dengan Dolar AS. Dengan pembebasan data makroekonomi CPI di zon Eropah yang sejajar dengan jangkaan, data telah menambah lebih banyak sokongan kepada EUR dan juga ditambah dengan pemulihan dalam dolar Lira.

 

GBP/USD

GBPUSD telah naik sebanyak 0.28% kepada 1.2746 semasa lewat sesi New York pada hari Jumaat.


 

Kajian Pasaran (Komoditi): Ogos 13 – Ogos 17

Crude Oil

Harga minyak mentah telah memulih pada hari Jumaat berikutan pelepasan laporan Baker Hughes Oil Rig minggu lepas. Harga komoditi telah melantun sebanyak 0.66% kepada $ 65.89 setong semasa sesi Jumaat lepas

 

Menurut kepada data yang dikeluarkan oleh Bakers Hughes yang mengukur aktiviti penggerudian di AS, jumlah pelantar minyak kekal tidak berubah dari data sebelumnya dengan bacaannya adalah sebanyak 869 dan ia adalah paras tertinggi sejak Mac 2017. Selain itu, pasaran terus didorong oleh sokongan dari sekatan AS terhadap minyak eksport Iran dari bulan November.. Sekatan tersebut adalah disebabkan oleh Presiden A.S. Donald Trump mengeluarkan perjanjian nuklear dari Iran awal tahun ini dan sekatan tersebut boleh meningkatkan kemungkinan untuk kekurangan bekalan yang dapat mendorong kenaikan harga yang lebih tinggi.

 

Keseluruhannya, sentimen untuk komoditi ini tertumpu kepada bullish selepas ia didorong lebih tinggi oleh datanya dan juga prospek global mengenai masalah bekalan.

 

GOLD

Harga emas tengah memulih baru-baru ini berikutan dengan dolar yang telah menyerah balik sebahagian daripada keuntungannya dari minggu sebelumnya di tengah-tengah pemulihan di Turki dan juga pembebasan data ekonomi yang negatif . Harga logam kuning telah menutup pasaran minggu lalu dengan kenaikan sebanyak 0.90% kepada $ 1,184.20 se troy auns.

 

Harga emas telah melonjak di tengah-tengah dolar yang telah dilemahkan oleh data pengeluaran ekonomi terkini pada hari Jumaat lepas di mana data tersebut yang merosot telah memberi pandangan bahawa kekurangan keyakinan di kalangan pengguna dalam ekonomi semasa. Di samping itu, China juga mengesahkan baru-baru ini bahawa ia akan untuk menghantar wakil perdagangan bagi usaha untuk meneruskan rundingan perdagangan baru yang telah mengurang kebimbangan para pelabur.

 

Pandangan Mingguan: Ogos 20 – 24        

Untuk minggu ini, pelabur akan terus memberi tumpuan kepada pembebasan pelbagai data ekonomi dan ucapan, terutama pada hari Jumaat di mana Jerome Powell akan membuat penampilan pertamanya sebagai pengerusi Fed di simposium ekonomi tahunan di Jackson Hole. Persidangan itu akan dipantau dengan teliti untuk petunjuk dasar monetari dalam beberapa bank pusat terpenting di dunia.

 

Bagi pedagang minyak mentah, mereka akan meletakkan perhatian mereka terhadap data inventori yang dijadualkan bermula pada hari Rabu untuk mendapatkan isyarat lanjut mengenai pendekatan mereka yang diambil untuk mengatasi kekurangan bekalan.


 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Ogos 20 – Ogos 24

Isnin, Ogos 20  

Data

EUR – German PPI (MoM) (Jul)

 

Acara

USD – FOMC Member Bostic Speaks

AUD – RBA Governor Lowe Speaks

AUD – RBA Meeting Minutes

 

Selesa, Ogos 21  

Data

NZD – Retail Sales (QoQ) (Q2)

 

Acara

CrudeOIL – OPEC Meeting

 

Rabu, Ogos 22  

Data

CAD – Retail Sales (MoM) (Jun)

USD – Existing Home Sales (Jul)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

 

Acara

GBP – Inflation Report Hearings

USD – FOMC Meeting Minutes

 

Khamis, Ogos 23  

Data

EUR – German Manufacturing PMI (Aug)

USD – New Home Sales (Jul)

 

Acara

EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting USD – Jackson Hole Synopsium

 

 

Jumaat, Ogos 24

 

 

Data

NZD – Trade Balance (MoM) (Jul)

JPY – National CPI (MoM)

EUR – German GDP (QoQ) (Q2)

USD – Durable Goods Orders (MoM) (Jul)

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Speaks

 


 

Analisis Teknikal Mingguan: Ogos 20 – Ogos 24

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 96.65 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk meneruskan pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 95.00.

 

Tahap rintangan: 96.60, 97.50

Tahap sokongan: 95.00, 93.40


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 1.2785. Walaupun MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan serta permulaan formasi silang emas. Pemecahan pada tahap rintangan yang kini 1.2785 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 1.2785, 1.3005

Tahap sokongan: 1.2600, 1.2385

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 110.95. Pergerakan harga dan MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 109.45.

 

Tahap rintangan: 110.95, 112.05

Tahap sokongan: 109.40, 108.30

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1315 baru-baru ini. Pergerakan harga terkini dan MACD yang menunjukkan isyarat bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1525.

 

Tahap rintangan: 1.1525, 1.1760

Tahap sokongan: 1.1315, 1.1105

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1209.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek kembali ke tahap rintangan kini 1209.00 sebelum meneruskan trend utamanya.

 

Tahap rintangan: 1209.05, 1295.00

Tahap sokongan: 1130.00, 1053.00

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 64.20. Walaupun MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan, pemecahan pada tahap sokongan 64.20 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap sokongan: 68.85, 72.55

Tahap rintangan: 64.20, 59.75