20 September 2019 Analisis Sesi Petang
Swiss Franc melambung walaupun kenyataan yang dovish.
USD/CHF telah berundur dari puncak tiga bulan dan jatuh ke sesi rendah yang baru susulan dengan para pelabur masih menilai kenyataan hawkish dari Fed para hari Rabu. Pasangan mata wang tersebut telah menerima penjualan yang agresif selepas SNB mengumunkan dasar kewangan yang terbaru dan mengekalkan kadar faedah dengan tidak berubah pada -0.75%. SNB mengumumkan keputusan dasar monetari terbarunya dan menetapkan kadar deposit tidak berubah pada -0.75. Dalam kenyataan tersebut, bank pusat telah menegaskan bahawa pelaksanaan dasar kewangan adalah diperlukan sekiranya prestasi ekonomi adalah lebih lemah daripada yang dijangkakan. Malah, SNB juga mengulangi bahawa ia bersedia untuk bercampur tangan dalam pasaran Forex sekiranya ia perlu dan menurunkan ramalan inflasi serta ramalan GDP untuk 2019, justerunya, ia mencetuskan sentimen bullish bagi CHF. Sebaliknya, USD / JPY menurun selepas ia mencapai tahap tertinggi hampir satu bulan sejak awal bulan Ogos selepas Fed tidak memberi sebarang petunjuk mengenai langkah seterusnya bagi pelan dasar kewangan walaupun ia mengumumkan pemotongan kadar faedah 25 mata asas. Pada semalam, Bank of Japan (BoJ) mengekalkan kadar faedahnya dengan tidak berubah pada -0.10% seperti yang dijangkakan. Namun, Gabenor BoJ Kuroda mendakwa bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah selanjutnya sekiranya terdapat risiko bagi ekonomi mengalami kemelesetan dan tidak dapat mencapai matlamat harga. Selain itu, menurut kepada Biro Statistik, data Japan National Core Consumer Price Index (CPI) turun sebanyak 0.5%, lebih lemah daripada bacaan bulan sebelumnya sebanyak 0.6%. Justeru, penurunan dalam CPI boleh meletakkan Yen Jepun di bawah tekanan penjualan kerana ia akan menyebabkan para pelabur untuk menjangkakan sentiment dovish dalam dasar monetari BoJ. Semasa penulisan, USD / CHF jatuh sebanyak 0.16% ke 0.9909 manakala USD / JPY menyusut sebanyak 0.07% ke 107.910.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.27% ke $ 58.770 setong selepas gabungan yang diketuai oleh Saudi telah melancarkan operasi ketenteraan di bandar pelabuhan Yaman Hodeidah. Selain itu, Amerika Syarikat juga bekerjasama dengan negara-negara Timur Tengah dan Eropah untuk membina koalisi bagi menghalang ancaman Iran selepas serangan Saudi. Seterusnya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.33% ke 1503.78 se troy auns berikutan dengan sentimen pengelakan risiko akibat peningkatan ketegangan global.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) | 0.1% | -0.2% | – |
| 01:00
(21hb) |
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 733 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 98.10. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya ke tahap sokongan 97.55.
Tahap rintangan: 98.10, 98.60
Tahap sokongan: 97.55, 96.95

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah rintangan sokongan 1.2565. Namun, MACD yang memaparkan bullish momentum yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2565, 1.2725
Tahap sokongan: 1.2420, 1.2285

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 20 MA line. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1065.
Tahap rintangan: 1.1065, 1.1125
Tahap sokongan: 1.1015, 1.0940

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 108.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke tahap sokongan 107.50.
Tahap rintangan: 108.35, 109.10
Tahap sokongan: 107.50, 106.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6780. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan 0.6825.
Tahap rintangan: 0.6825, 0.6860
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6750

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan 0.6310.
Tahap rintangan: 0.6310, 0.6330
Tahap sokongan: 0.6290, 0.6270

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3240. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3320.
Tahap rintangan: 1.3320, 1.3380
Tahap sokongan: 1.3240, 1.3195

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9930. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke tahap sokongan 0.9815.
Tahap rintangan: 0.9930, 1.0010
Tahap sokongan: 0.9815, 0.9730

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia menguji berhampiran dengan tahap rintangan 58.95. MACD yang memaparkan bearish momentum yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 58.95, 61.45
Tahap sokongan: 57.00, 55,25

Gold_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1483.50. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan 1526.35.
Tahap rintangan: 1526.35, 1552.25
Tahap sokongan: 1483.50, 1439.85