20 September 2021 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: September 20 – 24
Reviu Pasaran (Forex): September 13 – 17
US Dollar
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak dengan ketara minggu lalu dengan latar belakang kenyataan yang hawkish dari Fed serta data ekonomi yang positif dari A.S minggu lalu. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 93.25.
Pada minggu lalu, trend keseluruhan untuk dolar AS kekal bullish dan disokong oleh harapan bahawa Fed mungkin akan bermula untuk mengurangkan program pembelian bonnya pada akhir tahun ini walaupun dengan peningkatan dalam kes Covid-19. Menurut kepada Reuters, presiden Philadelphia Fed, Patrick Harker mendakwa bahawa beliau menyokong bank pusat AS untuk mengetatkan dasar tahun ini. Selain itu, ahli Fed yang lain seperti Presiden Cleveland Fed Loretta Mester juga menyatakan kepentingannya untuk mengetatkan dasar kewangan bagi memerangi risiko inflasi yang tinggi di masa depan. Pengurangan dalam program pembelian bon bermaksud langkah untuk dasar kewangan yang lebih ketat dan akan mengurangkan peredaran wang di pasaran sambil meningkatkan daya tarikan bagi dolar AS. Dari segi data ekonomi, dolar AS melanjutkan keuntungan dengan latar belakang rangkaian data ekonomi yang optimis. Menurut kepada bank pusat Fed Philadelphia, data Philadelphia Fed Manufacturing Index A.S telah meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 19.4 kepada 30.7, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 18.8. Sementara itu, Biro Banci A.S melaporkan bahawa data Retail Sales A.S. untuk bulan lalu telah meningkat dari bacaan sebelumnya sebanyak -1.8% kepada 0.7%, jauh lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak -0.8%. Oleh kerana kedua-dua data yang penting tersebut adalah lebih baik daripada jangkaan, ini telah mengurangkan sesetengah kebimbangan mengenai kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi yang mendadak sambil mencetuskan prospek positif untuk momentum ekonomi di Amerika Syarikat.
Walaupun sebahagian besar anggota Fed baru-baru ini telah meluahkan pendirian mereka yang hawkish, pengerusi Fed Powell sebelum ini melancarkan nada yang berwaspada dalam ucapannya semasa Jackson Hole yang diadakan baru-baru ini. Oleh itu, kenyataan secara keseluruhan dari Fed tetap tidak jelas. Para pelabur dicadangkan untuk terus meneliti perkembangan yang terbaru mengenai pertemuan FOMC minggu ini untuk mengukur kemungkinan pergerakan untuk indeks dolar.
USD/JPY
Pasangan USD / JPY telah mengalami momentum bullish pada minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu dengan harga 109.90. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan USD / JPY terutamanya adalah disebabkan oleh kenaikan dolar AS. Selain itu, mata wang Yen Jepun telah merosot di tengah-tengah data ekonomi pada minggu lalu. Menurut kepada Menteri Kewangan, eksport Jepun telah merosot dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 37.0% kepada $ 26.2, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 34.0%.
EUR/USD
Pasangan EUR / USD telah jatuh sepanjang minggu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1710. Momentum penurunan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD pada minggu lalu adalah disebabkan oleh kenaikan dolar AS. Walaupun begitu, oleh disebabkan kekurangan pemangkin untuk pasaran Eropah, trend keseluruhan untuk Euro tetap lemah. Para pelabur akan terus meneliti perkembangan terkini mengenai data ekonomi masa depan untuk menerima isyarat perdagangan selanjutnya.
GBP/USD
Pasangan GBP / USD telah jatuh sepanjang minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3625. Mata wang paun sterling telah merosot dengan ketara pada hari Jumaat lalu dengan latar belakang data ekonomi yang lemah dari wilayah U.K. Data Retail Sales UK telah menurun dengan ketara bagi bulan lepas dan kini telah mencatat trend penurunan untuk beberapa bulan berturut-turut. Ini telah menurunkan optimisme pasaran terhadap perkembangan ekonomi di United Kingdom. Menurut kepada Office for National Statistics, data Retail Sales UK untuk bulan lalu telah mencapai sebanyak -0.9%, tersasar daripada jangkaan pasaran pada 0.5%. Banyak para peruncit kekal bergelut untuk menyimpan barang mereka dengan penuh kerana masalah rantaian bekalan yang disebabkan oleh pelbagai kekurangan global. Data ekonomi yang negatif tersebut akan mencetuskan harapan bagi bank pusat England untuk mempertahankan rancangan dasar kewangan yang longgar mereka dalam jangka masa panjang untuk meningkatkan momentum ekonomi. Namun, kebanyakan ahli ekonomi tidak menjangka BoE akan bermula untuk mengetatkan dasar sehingga akhir tahun depan, pasaran kewangan telah meletakkan kemungkinan untuk kenaikan kadar pertama pada Februari hampir sebanyak 60%, menurut kepada Reuters.
Reviu Pasaran (Komoditi): September 13 – 17
GOLD
Harga emas telah merosot dengan ketara pada minggu lalu dengan harga $ 1750.00 se troy auns di tengah-tengah para pelabur berspekulasi bahawa Fed mungkin meluahkan nada hawkish mereka dalam mesyuarat FOMC pada minggu ini susulan dengan data ekonomi menunjukkan bacaan yang lebih baik daripada yang jangkaan baru-baru ini. Para pelabur akan terus menumpukan perhatian mereka kepada pertemuan FOMC untuk mengetahui berapa cepat bank pusat akan mula mengurangkan rangsangan kewangan yang agresif sebelumnya. Pengurangan dalam pembelian bon biasanya cenderung untuk meningkatkan hasil bon, dan mencetuskan momentum kenaikan untuk dolar AS sambil mengurangkan daya tarikan emas sebagai aset selamat tanpa faedah.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $71.80. Pasaran minyak telah meningkat dengan lebih tinggi dengan latar belakang data inventori yang optimis minggu lalu. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data inventori minyak mentah A.S. telah menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak -6.422M kepada -3.544M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -3.544MM. Selain itu, pasaran minyak telah melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah kebimbangan mengenai bekalan minyak A.S. berikutan susulan dengan kemusnahan dari taufan Ida, bersama dengan jangkaan terhadap permintaan yang lebih tinggi di tengah-tengah prospek yang positif terhadap program vaksinasi Covid-19 di seluruh dunia.
Tinjauan Pasaran: September 20 – 24
Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti mesyuarat FOMC untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: September 20 – 24
| Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
| Isnin – 20hb September 2021 | |||||
| N/A | |||||
| Selasa – 21hb September 2021 | |||||
| 09:30 | AUD | RBA Meeting Minutes | – | – | – |
| 20:30 | USD | Building Permits (Aug) | – | 1.600M | 1.630M |
| Rabu – 22hb September 2021 | |||||
| 10:00 | JPY | BoJ Monetary Policy Statement | – | – | – |
| 11:00 | JPY | BoJ Press Conference | – | – | – |
| 22:00 | USD | Existing Home Sales (Aug) | – | 5.88M | 5.99M |
| 22:30 | USD | Crude Oil Inventories | – | – | -6.422M |
| Khamis – 23hb September 2021 | |||||
| 02:00 | USD | FOMC Economic Projections | – | – | – |
| 02:00 | USD | FOMC Statement | – | – | – |
| 02:00 | USD | Fed Interest Rate Decision | – | – | 0.25% |
| 02:30 | USD | FOMC Press Conference | – | – | – |
| 15:30 | CHF | SNB Interest Rate Decision (Q3) | – | – | -0.75% |
| 15:30 | CHF | SNB Monetary Policy Assessment | – | – | – |
| 15:30 | EUR | German Manufacturing PMI (Sep) | – | 61.5 | 62.6 |
| 16:30 | GBP | Composite PMI | – | – | 54.8 |
| 16:30 | GBP | Manufacturing PMI | – | 59 | 60.3 |
| 16:30 | GBP | Services PMI | – | – | 55 |
| 19:00 | GBP | BoE Interest Rate Decision (Sep) | – | 0.10% | 0.10% |
| 20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 320K | 332K |
| 20:30 | CAD | Core Retail Sales (MoM) (Jul) | – | -1.70% | 4.70% |
| Jumaat – 24hb September 2021 | |||||
| 16:00 | EUR | German Ifo Business Climate Index (Sep) | – | 98.9 | 99.4 |
| 22:00 | USD | Fed Chair Powell Speaks | – | – | – |
| 22:00 | USD | New Home Sales (Aug) | – | 713K | 708K |