20 September 2021 Analisis Sesi Pagi
Paun menyusut berikutan dengan data negatif.
Paun Sterling telah menyusut dengan ketara pada hari Jumaat lalu dengan latar belakang data ekonomi bearish dari rantau U.K. Data Retail Sales telah memberi bacaan yang buruk, yang mengurangkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di United Kingdom. Menurut Office for National Statistics, Data Retail Sales U.K. telah memberi bacaan sebanyak -0.9%, lebih buruk daripada ramalan pasaran sebanyak 0.5%. Banyak peruncit telah berusaha untuk mengisi stok mereka untuk jualan susulan dengan masalah rantaian bekalan, yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Tambahan pula, data ekonomi negatif tersebut akan mencetuskan harapan bagi Bank Pusat U.K. untuk melanjutkan pelonggaran dasar monetari mereka dalam jangka masa panjang untuk memberangsangkan momentum ekonomi. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli ekonomi tidak menyangka BoE mulai mengetat hingga akhir tahun depan, pasaran kewangan meletakkan kebarangkalian kenaikan kadar pertama pada Februari hampir 60%, menurut kepada Reuters. Sementara itu, para pelabur akan terus memantau data ekonomi lebih lanjut untuk menerima isyarat perdagangan. Semasa penulisan, GBP/USD telah merosot sebanyak 0.13% ke 1.3725.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.05% ke $71.75 setong semasa penulisan. Harga minyak mentah mengekalkan trend kenaikannya, disokong oleh prospek permintaan yang baik berikutan program vaksinasi Covid-19 yang pesat di seluruh dunia. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.13% ke $1752,60 se troy auns semasa menulis di tengah-tengah para pelabur berspekulasi bahawa Federal Reserve mungkin memberikan beberapa penyataan hawkish semasa mesyuarat FOMC minggu ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day JPY Public Holiday
All Day CNY Public Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dnegan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 92.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 93.25.
Tahap rintangan: 93.25, 94.10
Tahap sokongan: 92.65, 91.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.3735. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3695.
Tahap rintangan: 1.3735, 1.3805
Tahap sokongan: 1.3695, 1.3605

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1705. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1760, 1.1800
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1665

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 109.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.40, 111.10
Tahap sokongan: 109.60, 109.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahaps okongan terdahulu 0.7280. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7220.
Tahap rintangan: 0.7280, 0.7345
Tahap sokongan: 0.7220, 0.7115

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.7080. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7015.
Tahap rintangan: 0.7080, 0.7160
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6940

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2780. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2780, 1.2850
Tahap sokongan: 1.2725, 1.2625

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.9230. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9375.
Tahap rintangan: 0.9375, 0.9440
Tahap sokongan: 0.9305, 0.9230

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 72.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 70.40.
Tahap rintangan: 72.30, 73.75
Tahap sokongan: 70.40, 67.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1749.35. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1763.70, 1778.55
Tahap sokongan: 1748.35, 1737.05
Risk Statement:
Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investmnt products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts