83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 September 2022                           Analisis Sesi Petang

Pelonggaran dasar lockdown dari China, mencetuskan prospek positif ke atas Aussie.

Mata wang proksi China seperti Dolar Australia melantun semula daripada paras yang lebih rendah berikutan pihak berkuasa China melonggarkan dasar lockdown Covid-19 mereka di Chengdu. Menurut kepada Reuters, pihak berkuasa China mendakwa bahawa jabatan kerajaan, perkhidmatan pengangkutan awam dan syarikat dapat menyambung semula kerja pada hari Isnin, selepas ditutup pada 1hb September. Pelonggaran sekatan Covid-19 akan mencetuskan prospek positif terhadap ekonomi China. Memandangkan China kekal sebagai rakan dagangan terbesar dengan Australia, prospek positif bagi ekonomi China juga akan meningkatkan permintaan untuk Dolar Australia pada masa hadapan. Sebaliknya, Yen Jepun kini telah didagang pada paras terendah 24 tahun, manakala pihak berkuasa telah memberi isyarat untuk mengambil tindakan untuk menstabilkan Yen Jepun pada masa yang akan datang. Menjelang keputusan kadar faedah Bank of Japan yang penting minggu ini, para pelabur akan terus memantau sama ada Bank of Japan akan beralih daripada dasar monetari ultra longgar semasanya. Semasa penulisan, AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.01% ke 0.6725 manakala USD/JPY telah menyusut sebanyak 0.07% ke 143.10.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.43% ke $85.35 setong semasa penulisan di tengah-tengah pelonggaran penutupan Covid-19 daripada pihak berkuasa China, yang mencetuskan momentum bullish ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1676.00 setiap troy auns semasa penulisan menjelang mesyuarat penting FOMC minggu ini.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

01:00                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

(21st Sep)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
20:30 USD – Building Permits (Aug) 1.685M 1.610M
20:30 CAD –     Core CPI (MoM) (Aug) 0.5%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 109.70, 112.65

Tahap sokongan : 104.85, 101.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1585, 1.1730

Tahap sokongan : 1.1405, 1.1310

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.0060, 1.0180

Tahap sokongan : 0.9955, 0.9875

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 145.35, 152.80

Tahap sokongan : 140.75, 136.55

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6875, 0.7025

Tahap sokongan : 0.6670, 0.6595

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6050, 0.6155

Tahap sokongan : 0.5945, 0.5845

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 1.3320, 1.3435

Tahap sokongan : 1.3195, 1.3100

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9740, 0.9855

Tahap sokongan : 0.9635, 0.9515

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 89.65, 92.60

Tahap sokongan : 85.30, 81.40

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1680.00, 1693.65

Tahap sokongan : 1656.10, 1642.20