20 Oktober 2022 Analisis Sesi Pagi
Hasil perbendaharaan yang meningkat mendorong dolar AS lebih tinggi.
Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berjaya memulih daripada kerugiannya selepas berayun di paras rendah untuk beberapa sesi dagangan di tengah-tengah peningkatan hasil perbendaharaan. Pada masa ini, penanda aras hasil Perbendaharaan AS yang berjangka 10 tahun mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun kerana para pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan akan meningkatkan kadar faedah secara agresif dalam mesyuarat akan datang, untuk menyejukkan ekonomi yang terlalu panas. Menurut Alat CME FedWatch, kebarangkalian kenaikan kadar 75 mata asas adalah kira-kira 94.5%, jauh lebih tinggi daripada bacaan 1 minggu lalu. Selain itu, sesiri data ekonomi optimis yang telah dikeluarkan sejak beberapa minggu lalu menunjukkan bahawa pasaran buruh AS kekal berdaya tahan, sementara tiada tanda ekonomi kemelesetan pada ketika ini. Dengan itu, ia telah memberi lebih banyak ruang kepada Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar tunai dengan cara yang lebih agresif. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.67% ke 112.90.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 2.21% ke $85.90 setong berikutan penurunan inventori yang ketara dalam data EIA AS semalam. Menurut kepada EIA, data Inventori Minyak Mentah AS turun sebanyak -1.725M, tersasar daripada ramalan ekonomi pada 1.380M. Selain itu, harga emas turun 0.06% ke $1628.20 setiap troy auns apabila harga dolar AS semakin meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 EUR EU Leader Summit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 228K | 230K | – |
20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Oct) | -9.9 | -5.0 | – |
22:00 | USD – Existing Home Sales (Sep) | 4.80M | 4.70M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 113.30.
Tahap rintangan: 113.30, 115.00
Tahap sokongan: 111.25, 109.00
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1350. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1185.
Tahap rintangan: 1.1350, 1.1620
Tahap sokongan: 1.1185, 1.1050
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9830. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9685.
Tahap rintangan: 0.9830, 0.9910
Tahap sokongan: 0.9685, 0.9585
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 149.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 149.35.
Tahap rintangan: 149.35, 152.00
Tahap sokongan: 147.30, 144.70
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6285. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa pendek.
Tahap rintangan: 0.6430, 0.6530
Tahap sokongan: 0.6285, 0.6165
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.5710. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa pendek.
Tahap rintangan: 0.5710, 0.5775
Tahap sokongan: 0.5625, 0.5560
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3715. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa pendek.
Tahap rintangan: 1.3875, 1.4000
Tahap sokongan: 1.3715, 1.3600
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0055. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0055, 1.0160
Tahap sokongan: 0.9930, 0.9840
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menurun. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 86.15.
Tahap rintangan: 86.15, 89.45
Tahap sokongan: 80.60, 76.60
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1627.60. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1661.40, 1693.35
Tahap sokongan: 1627.40, 1600.00