83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Disember 2019                             Analisis Sesi Tengah Hari

 

AUD meningkat susulan data pekerjaan yang optimistik.

Dolar Australia telah meneruskan kenaikannya semenjak semalam berlatarbelakangkan laporan pekerjaan yang positif dari rantau tersebut. Menurut kepada Australian Bureau of Statistics, Employment Change bagi bulan November memberi bacaan sebanyak 39.9K, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 14.0K. Selain itu, kadar pengangguran menyusut sebanyak 0.1% ke 5.2%. Secara keseluruhannya, pemulihan pada pasaran pekerjaan boleh meningkatkan perbelanjaan pengguna yang sekali gus mendorong kepada kadar inflasi yang lebih tinggi bagi jangka panjang. Namun, keuntungan pada dolar Australia adalah terhad selepas minit mesyuarat dari Bank Pusat Australia (RBA) baru-baru ini mencadangkan untuk memotong kadar faedah pada tahun depan sekiranya pertumbuhan gaji masih lemah. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.17% ke 0.6896. Sementara itu, indeks dolar melantun sebanyak 0.03% ke 96.96. Pada semalam, dolar menerima sedikit tekanan menurun selepas House of Representative mengundi untuk memecat Presiden Donald Trump akibat daripada penyalahgunaan kuasa. Trump kini akan menghadap siasatan dari Senat Negara mulai tahun depan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.05% ke $61.16 setong. Harga minyak masih berlegar berhampiran dengan paras tinggi tiga bulan susulan dengan penyusutan risiko perang perdagangan diantara AS dan China yang telah meningkatkan sentimen pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi global bagi jangka panjang. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.02% ke $1,478.68 se troy auns berikutan dengan lantunan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17.30 GBP – GDP (QoQ) (Q3) 0.3% 0.3%  
17:30 GBP – GDP (YoY) (Q3) 1.0% 1.0%
21:30 USD – GDP (QoQ) (Q3) 2.1% 2.1%
21:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Oct) 0.2% 0.3%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 96.85. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 97.25.

 

Tahap rintangan: 97.25, 97.70

Tahap sokongan: 96.85, 96.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3035. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3035.

 

Tahap rintangan: 1.3035, 1.3085

Tahap sokongan: 1.2970, 1.2820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1170. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1075.

 

 

Tahap rintangan: 1.1170, 1.1240

Tahap sokongan: 1.1075, 1.1005

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 109.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.70, 110.25

Tahap sokongan: 109.25, 108.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6880. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6925.

 

Tahap rintangan: 0.6925, 0.6965

Tahap sokongan: 0.6880, 0.6850

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan berlaku pada tahap rintangan sebelumnnya di 0.6600. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6625.

 

Tahap rintangan: 0.6625, 0.6665

Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada paras yang lebih rendah. MACD yang memaparkan signal momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3145.

 

Tahap rintangan: 1.3145, 1.3210

Tahap sokongan: 1.3085, 1.3020

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan berlaku pada tahap sokongan sebelumnya di 0.9810. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.9760.

 

Tahap rintangan: 0.9810, 0.9845

Tahap sokongan: 0.9760, 0.9690

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 60.80. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat muncul sebelum memasuki ke pasaran tersebut.

 

Tahap rintangan: 60.80, 61.95

Tahap sokongan: 59.70, 58.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 1477.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan  mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan seterusnya di 1484.70.

 

Tahap rintangan: 1484.70, 1495.50

Tahap sokongan: 1477.60, 1471.65