83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Disember 2022                             Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melantun di tengah-tengah keyakinan pengguna melantun semula.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, melantun sepanjang sesi dagangan lalu apabila data ekonomi positif menunjukkan sedikit pemulihan pada tahap keyakinan pengguna terhadap ekonomi negara. Menurut kepada Lembaga Persidangan, data Keyakinan Pengguna CB AS menaik secara mendadak daripada bacaan bulan sebelumnya 101.4 ke 108.3, jauh lebih tinggi daripada ramalan konsensus pada 101.0. Peningkatan keyakinan pengguna adalah disebabkan oleh pandangan pengguna yang lebih baik mengenai ekonomi dan pekerjaan. Dengan data itu juga mencecah paras tertinggi sejak April 2022, ia juga menunjukkan bahawa kesediaan pengguna untuk perbelanjaan yang lebih tinggi akan berterusan dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya suku pertama 2023 walaupun menghadapi tekanan inflasi dan rancangan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan. Lebih-lebih lagi, penurunan harga Yen Jepun telah meningkatkan daya tarikan indeks dolar, di mana kejatuhan dalam pasaran Yen disebabkan terutamanya oleh aktiviti pengambilan untung selepas melonjak lebih daripada 5.00%. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.27% ke 104.25.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 2.80% ke $78.25 setong apabila EIA melaporkan penurunan dalam inventori minyak mentah sejak seminggu yang lalu. Menurut EIA, Stok Minyak Mentah AS turun sebanyak -5.894M, manakala ramalan konsensus ialah -1.657M. Selain itu, harga emas menyusut sebanyak -0.19% ke $1814.30 setiap troy auns di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – GDP (YoY) (Q3) 2.4% 2.4%
21:30 USD – GDP (QoQ) (Q3) 2.9% 2.9%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 211K 222K

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.15, 101.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur tahap rintangan di 1.2200. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.2000.

 

Tahap rintangan: 1.2200, 1.2345

Tahap sokongan: 1.2000, 1.1820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0615. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.0615, 1.0775

Tahap sokongan: 1.0475, 1.0365

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 131.25. MACD yang memaparkan momentum bearish yang tinggi mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 134.15, 136.45

Tahap sokongan: 131.25, 128.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6725. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6725, 0.6860

Tahap sokongan: 0.6640, 0.6530

 

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6355. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6255.

 

Tahap rintangan: 0.6355, 0.6460

Tahap sokongan: 0.6255, 0.6170

 

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3600. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3740, 1.3885

Tahap sokongan: 1.3600, 1.3505

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan  mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9310, 0.9405

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9110

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 76.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 80.60.

 

Tahap rintangan: 80.60, 86.15

Tahap sokongan: 76.10, 71.45

 

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1807.85. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1835.30.

 

Tahap rintangan: 1835.30, 1869.85

Tahap sokongan: 1807.85, 1786.00