83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Januari 2021                Analisis Sesi Pagi

 

Dolar Kanada melonjak di tengah nada positif BoC terhadap prospek ekonomi.

Dolar Kanada mendapat momentum beli yang besar semalam kerana Bank of Canada (BoC) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah mereka pada tahap semasa sambil menerapkan nada positif terhadap prospek ekonomi masa depan. Dalam mesyuarat BoC, ahli-ahli bank pusat sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan kadar faedahnya pada tahap rendah yang bersejarah kerana pemulihan ekonomi masih terganggu oleh kebangkitan virus. Penyebaran virus Covid-19 menjadi lebih serius bukan hanya di Kanada tetapi di seluruh dunia, program vaksinasi yang efektif sedang memainkan peranan penting dalam menyelamatkan ekonomi dari kejatuhan selanjutnya. Selain itu, Gabenor BoC Tiff Macklem mendedahkan bahawa ketibaan vaksin yang lebih awal daripada yang dijangkakan berpotensi dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa dan membatasi penyebaran virus, oleh itu dasar monetari luar biasa yang ada sekarang sesuai untuk negara, tiada sebarang perubahan akan dilakukan pada masa ini. Selain itu, Bank of Canada juga memberikan ramalan mereka terhadap pertumbuhan ekonomi untuk tahun 2021, dengan menyatakan bahawa kemerosotan ekonomi masih akan dinampak pada suku pertama 2021 tetapi menjangkakan aktiviti ekonomi akan pulih ke tahap sebelum pandemik berlaku pada akhir 2021. Pada masa penulisan, pasangan USD/CAD jatuh 0.10% ke 1.2617.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.17% ke $52.97 setong disebabkan oleh kenaikan yang mengejutkan pada tahap inventori baru-baru ini. Menurut API, data Inventori Minyak Mentah AS dibebaskan pada 2.562M, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi iaitu -0.300M, peningkatan yang tidak disangka itu telah menurunkan daya tarikan pasaran komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas meningkat 0.03% ke $1871.40 setroy auns di tengah kelemahan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

11:00                    JPY                     BoJ Monetary Policy Statement

11:00                    JPY                     BoJ Outlook Report (YoY)

11:00                    JPY                     BoJ Press Conference

23:00                    EUR                    ECB Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
11:00 JPY – BoJ Interest Rate Decision -0.10% -0.10%
20:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Jan) 0.00% 0.00%
21:30 USD – Building Permits (Dec) 1.635M 1.604M
21:30 USD – Initial Jobless Claims 965K 868K
21:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jan) 9.1 12.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 90.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 90.25.

 

Tahap rintangan: 90.60, 91.10

Tahap sokongan: 90.25, 89.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3620. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3700.

 

Tahap rintangan: 1.3700, 1.3805

Tahap sokongan: 1.3620, 1.3535

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2120. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1.2120, 1.2155

Tahap sokongan: 1.2065, 1.2020

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 103.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 103.70, 104.00

Tahap sokongan: 103.35, 103.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7735. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7770.

 

Tahap rintangan: 0.7770, 0.7820

Tahap sokongan: 0.7735, 0.7670

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7165. MACD yang memaparkan momentum bullish yang semakin meningkat mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7235.

 

Tahap rintangan: 0.7235, 0.7305

Tahap sokongan: 0.7165, 0.7090

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2625. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya.

 

Tahap rintangan: 1.2695, 1.2775

Tahap sokongan: 1.2625, 1.2530

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.8915. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 0.8915, 0.8955

Tahap sokongan: 0.8885, 0.8855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 53.75. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 52.60.

 

Tahap rintangan: 53.75, 54.50

Tahap sokongan: 52.60, 51.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1861.05. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1874.95.

 

Tahap rintangan: 1874.95, 1895.55

Tahap sokongan: 1861.05, 1842.90