21 Februari 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menurun akibat Fed yang dovish, dihadkan oleh isu Brexit.
Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menjunam ke paras 96.00 berikutan dengan pembebasan minit FOMC bagi mesyuarat pada Januari lepas yang telah merangkumi nada dovish. Dalam minit tersebut, Fed menyatakan bahawa mereka akan lebih ‘sabar’ terhadap kadar faedah sementara penggubal dasar AS bercadang untuk menamatkan program penyata imbangan bersantai dan mengekalkan kadar faedah untuk menentukan prospek ekonomi di AS. Namun, penurunan dolar telah dihadkan oleh isu politik UK di mana tiga penggubal undang-undang telah meninggalkan Parti Konservatif Perdana Menteri UK Theresa May akibat kehilangan keyakinan terhadap pemimpin May. May pada minggu ini akan berusaha untuk berunding semula dengan EU tentang isu backstop Iris di mana para pelabur bimbang bahawa sekiranya perundingan tersebut gagal, UK akan dipaksa untuk meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian dan hal ini akan mengakibatkan kemelesetan ekonomi UK. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.01% ke 96.35 manakala pasangan GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.03% ke 1.3040 semasa penulisan.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.82% ke $57.20 setong selepas mencecah paras tertinggi dalam tahun 2019. Penurunan harga minyak adalah disebabkan oleh peningkatan inventori dalam AS yang dilaporkan oleh American Petroleum Institute (API). Namun, sentimen terkini bagi pasaran minyak berkekal bullish sewaktu ketegangan perdagangan menyusut daripada pasaran di mana para pelabur menjangkakan AS dan China untuk mencapai perjanjian. Di samping itu, harga minyak mentah turut didorong oleh pemotongan bekalan OPEC dan juga sekatan ke atas minyak Iran dan Venezuela. Sebaliknya, harga emas telah menaik sebanyak 0.15% ke $1340.45 di tengah-tengah isu politik UK dan juga kenyataan FOMC yang dovish.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
01:35(22hb) CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | EUR – German Manufacturing PMI | 49.7 | 50.0 | – |
| 17:00 | EUR – Markit Composite PMI (Feb) | 51.0 | 51.1 | – |
| 21:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Dec) | -0.4% | 0.2% | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 239K | 220K | – |
| 21:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Feb) | 17.0 | 15.6 | – |
| 22:45 | USD – Markit Composite PMI (Feb) | 54.4 | 55.1 | – |
| 23:00 | USD – Existing Home Sales (Jan) | 4.99M | 5.01M | – |
| 00:00 (22hb) | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 3.633M | 3.080M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 96.05. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 96.45.
Tahap rintangan: 96.45, 96.90
Tahap sokongan: 96.05, 95.55

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3080. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.2960.
Tahap rintangan: 1.3080, 1.3205
Tahap sokongan: 1.2960, 1.2845

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata selepas pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1340. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan kembali pada tahap sokongan 1.1340.
Tahap rintangan: 1.1390, 1.1445
Tahap sokongan: 1.1340, 1.1300

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata berikutan dengan pengunduran dari paras tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 110.65.
Tahap rintangan: 111.40, 112.20
Tahap sokongan: 110.65, 110.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.7160. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan momentum bearishnya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7225, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7160, 0.7130

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6875. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.6845.
Tahap rintangan: 0.6875, 0.6905
Tahap sokongan: 0.6845, 0.6800

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendah. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3205.
Tahap rintangan: 1.3205, 1.3260
Tahap sokongan: 1.3125, 1.3060

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.9985. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.0025.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0085
Tahap sokongan: 0.9985, 0.9910

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 57.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 55.75.
Tahap rintangan: 57.50, 59.20
Tahap sokongan: 55.75, 54.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1340.50. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan momentum bearishnya selepas pemecahan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1353.10, 1364.95
Tahap sokongan: 1340.50, 1329.15