21 April 2021 Analisis Sesi Pagi
Paun menyusut susulan dengan data ekonomi yang negatif.
Paun Sterling telah didagang dengan lebih rendah semalam selepas data ekonomi yang suram telah dibebaskan semalam, yang selanjutnya mencetuskan prospek negatif ke atas perkembangan ekonomi di UK. Menurut kepada Office for National Statistiks, U.K Average Earning Indeks + Bonus telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 4.8% ke 4.5%, lebih buruk berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 4.8%. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai penyataan dari Gabenor Bank Pusat UK (BoE) Andrew Bailey untuk menerima isyarat dagangan yang lanjut. Sekiranya beliau mengulangi nada hawkish terhadap perkembangan ekonomi UK, maka Paun Sterling kemungkinan besar akan meningkat. Dari segi Covid-19, peningkatan kes Covid-19 yang ketara telah mencetuskan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global sambil mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX dan mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset berisiko seperti Paun Sterling ke arah aset selamat. Semasa penulisan, GPB/USD telah menyusut sebanyak 0.01% ke 1.3935.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.06% ke $62.25 se tong semasa penulisan selepas data inventori minyak mentah telah menunjukkan bacaan yang tinggi untuk minggu yang lalu, yang selanjutnya mencetuskan prospek negatif ke atas permintaan minyak mentah. Menurut kepada American Petroleum Institusi, Stok Minyak Mentah Mingguan API telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -3.608M ke bacaan sebanyak 0.436M, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak -2.860M. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.10% ke $1777.50 se troy auns semasa penulisan susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran selepas kes-kes Covid-19 mencatat bacaan yang sangat tinggi di seluruh dunia.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:30 CAD BoE Gov Bailey Speaks
23:00 CAD BOC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – CPI (YoY) (Mar) | 0.4% | 0.7% | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Mar) | 0.3% | – | – |
| 22:00 | BoC Interest Rate Decision | 0.25% | 0.25% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -5.889M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 90.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 91.45.
Tahap rintangan: 91.45, 92.00
Tahap sokongan: 90.80, 90.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.4000. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3905.
Tahap rintangan: 1.4000, 1.4100
Tahap sokongan: 1.3905, 1.3800

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2045. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2045, 1.2130
Tahap sokongan: 1.1985, 1.1920

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 108.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 107.70.
Tahap rintangan: 108.45, 109.20
Tahap sokongan: 107.70, 106.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.7705. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7755, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7705, 0.7665

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7235. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7110.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7320
Tahap sokongan: 0.7110, 0.6960

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2615. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2615, 1.2685
Tahap sokongan: 1.2565, 1.2515

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9225. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9225, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9060, 0.8910

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 61.85. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 63.60, 64.80
Tahap sokongan: 61.85, 59.90

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1777.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1777.95, 1791.80
Tahap sokongan: 1766.20, 1755.50