21 Mei 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mei 21 – 25
Kajian Pasaran (Forex): Mei 14 – 18
Dolar A.S.
Dolar AS telah meneruskan momentum bullish pada hari Jumaat yang lalu susulan prospek yang tinggi terhadap Bank Pusat AS untuk mengetatkan dasar kewangan dengan lebih agresif di dalam tahun ini. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.21% sambil memuncak di paras tinggi lima bulan berhampiran 93.66 semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat.
Mata wang dolar telah memulih secara ketara selepas ia mencapai paras rendah 89.00 pada beberapa minggu yang lalu berikutan dengan perkembangan yang positif dari segi ekonomi AS apabila dibandingkan dengan negara yang lain. Berdasarkan sentimen tersebut, ia telah memacu kenaikan pada hasil bon AS sambil memuncak di paras tinggi 7 tahun dengan kadar 3.126%.
Kenaikan pada hasil bon tersebut adalah berdasarkan data ekonomi yang mencadangkan peningkatan pada tekanan inflasi sambil memacu spekulasi pasaran ke atas Bank Pusat AS untuk meningkatkan kadar faedah dengan lebih kerap bagi membendung harga barangan pengguna yang makin melambung tinggi. Bank tersebut telah meningkatkan kadar pada bulan Mac dan dijangka untuk mempunyai dua lagi kenaikan kadar di dalam tahun ini. Namun, segelintir para pelabur menjangkakan bank tersebut untuk melakukan sebanyak tiga kali lagi di dalam tahun ini.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY didagang secara tidak berubah di 110.77 semasa lewat sesi Jumaat namun mencatat keuntungan mingguan sebanyak 1% bagi minggu lalu.
EUR/USD
Euro melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.20% ke $1.1771 berbanding dengan dolar AS. Mata wang tunggal tersebut menerima tekanan berikutan dengan risiko politik yang tinggi dari Itali selepas parti Five-Star Movement dan League membentuk kerajaan gabungan dan ia berkemungkinan untuk menjejaskan keadaan ekonomi dengan cadangan perbelanjaan kerajaan yang tinggi.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD menjunam sebanyak 0.34% sambil menutup niaga di paras $1.3470.
Kajian Pasaran (Komoditi): Mei 14 – 18
GOLD
Harga emas menerima permintaan yang tinggi pada hari Jumaat yang lalu susulan dengan ketidaktentuan politik yang berpunca dari zon Eropah. Namun, keuntungan yang dialaminya adalah terhad susulan dengan kenaikan kadar hasil bon AS. Harga komoditi tersebut telah meningkat sebanyak 0.17% sambil menutup niaga di paras $1,293.14 se troy auns pada Jumaat yang lalu.
Walaubagaimanapun, harga aset selamat tersebut telah mencatat kerugian mingguan sebanyak 1.60% selepas ia gagal untuk memangkas kerugiannya susulan dengan kenaikan yang mendadak ke atas kadar hasil bon AS. Kadar yang lebih tinggi akan memacu peningkatan pada dolar AS sambil meningkatkan kos peluang untuk memegang aset emas yang tidak membawa sebarang hasil pulangan.
Crude Oil
Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah namun mencatat keuntungan mingguan susulan dengan isyarat yang bercampuran dari pasaran minyak global. Harga komoditi tersebut menurun sebanyak 22 cents atau 0.31% ke paras $71.39 setong sambil mencatat keuntungan mingguan sebanyak 0.46%.
Seawalnya, harga minyak menerima momentum bullish selepas AS menarik diri dari perjanjian nuklear dengan negara Iran. Pengumuman tersebut yang telah dibuat pada dua minggu yang lalu meningkatkan spekulasi ke atas sekatan yang baru dilaksanakan ke atas negara pengeluar minyak tersebut yang boleh mengurangkan tekanan ke atas kelebihan stok global. Namun, impak sekatan tersebut adalah masih tidak ketahui oleh kerana zon Eropah dan China enggan untuk bersetuju dengan tindakan AS.
Namun, peningkatan pembekalan minyak AS masih menyelubungi prospek para pelabur selepas penganalisis pasaran menegaskan bahawa peningkatan tersebut boleh menjejaskan usaha OPEC dalam menstabilkan paras permintaan dan pembekalan minyak global. Sementara itu, Baker Hughes juga melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak yang aktif masih kekal sama di paras 844, iaitu paras yang tertinggi sejak 20hb Mac 2015.
Pandangan Mingguan: Mei 21 – 25
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data inflasi dari UK untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut mengenai prospek Bank Pusat England terhadap dasar kewangan mereka. Sementara itu, pembebasan minit mesyuarat FOMC pada hari Khamis juga akan dipantau untuk mendapatkan prospek mengenai kenaikan kadar faedah yang seterusnya.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mei 21 – 25
| Isnin, Mei 21 |
Data N/A
Acara CrudeOIL – OPEC Meeting
|
| Selasa, Mei 22 |
Data GBP – CBI Industrial Trends Orders (Mei) CAD – Wholesale Sales (MoM) (Mar) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock
Acara USD – FOMC Member Bostic Speaks USD – FOMC Member Harker Speaks USD – FOMC Member Kashkari Speaks
|
| Rabu, Mei 23 |
Data EUR – German GDP (QoQ) (Q1) EUR – German Manufacturing PMI (Mei) EUR – Manufacturing PMI (Mei) EUR – Markit Composite PMI (Mei) EUR – Services PMI (Mei) GBP – CPI (YoY) (Apr) USD – New Home Sales (Apr) USD – Manufacturing PMI (Mei) USD – Markit Composite PMI (Mei) USD – Services PMI (Mei) CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara N/A
|
| Khamis, Mei 24 |
Data EUR – German GDP (QoQ) (Q1) EUR – GfK German Consumer Climate (Jun) GBP – Retail Sales (MoM) (Apr) USD – Initial Jobless Claims USD – Existing Home Sales (Apr)
Acara USD – FOMC Meeting Minutes GBP – Inflation Report Hearings
|
|
Jumaat, Mei 25
|
Data JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Mar) EUR – German Ifo Business Climate Index (Mei) GBP – GDP (QoQ) (Q1) USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr) USD – Michigan Consumer Sentiment (Mei) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara USD – FOMC Member Harker Speaks USD – Fed Chair Powell Speaks USD – FOMC Member Bostic Speaks USD – FOMC Member Kaplan Speaks
|
Analisis Teknikal Mingguan: Mei 21 – 25
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dan menutup niaga di atas tahap rintangan 92.50. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke atas mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 93.60.
Tahap rintangan: 93.60, 94.00
Tahap sokongan: 92.50, 91.70
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah meneruskan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3600. MACD histogram yang mula untuk membentuk isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan aliran bearish selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3445.
Tahap rintangan: 1.3600, 1.3785
Tahap sokongan: 1.3445, 1.3300
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 110.50. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke atas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 111.35.
Tahap rintangan: 111.35, 112.10
Tahap sokongan: 110.50, 109.35
EURUSD

EURUSD, Weekly: EURUSD menjunam secara mendadak selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah). Pergerakan harga baru-baru ini mencadangkan bias bearish yang lebih lanjut dan penutupan niaga di bawah garisan 60-MA (hijau) atau 1.1760 akan mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke sasaran selepas itu di 1.1455.
Tahap rintangan: 1.2170, 1.2575
Tahap sokongan: 1.1760, 1.1455
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan di 1300.00. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke bawah mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1285.95.
Tahap rintangan: 1300.00, 1312.70
Tahap sokongan: 1285.95, 1266.90
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 68.60. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke atas, selaras dengan aliran trend utama mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah sasaran di 73.80.
Tahap rintangan: 73.80, 77.75
Tahap sokongan: 68.60, 66.10