21 Jun 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Aset selamat menaik, perundingan perdagangan diteruskan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan kerugiannya sementara para pelabur mengalihkan portfolio mereka ke dalam pasaran aset selamat berikutan dengan kenyataan Fed yang dovish serta isu geopolitik. Baru-baru ini, Fed telah menarik balik pendirian ‘tunggu dan lihat’ daripada kenyataannya serta mengisyaratkan pemotongan kadar semasa mesyuarat dasar pada bulan Julai. Tambahan pula, Presiden AS Donald Trump telah menyatakan di dalam Twitter beliau bahawa serangan Iran ke atas drone pengintipan AS merupakan satu kesalahan yang besar. Semasa ditanya oleh wartawan sama ada pihak AS akan membalas serangan, Trump telah memberitahu bahawa mereka akan mengetahui sebentar lagi. Peningkatan ketegangan di antara dua negara tersebut telah mencetuskan ketidakpastian di dalam pasaran dan menyebabkan para pelabur untuk mencari perlindungan di dalam pasaran aset selamat. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus kepada sidang kemuncak G20 di Jepun pada minggu depan selepas China mengesahkan untuk bertemu dengan pihak AS bagi meneruskan perundingan perdagangan. Baru-baru ini, Presiden Xi Jinping telah memastikan bahawa beliau akan meneruskan perundingan dengan Presiden Trump semasa mesyuarat G20 bagi mengakhirkan perang perdagangan yang telah berlangsung selama setahun. Ada yang berpendapat bahawa pencapaian kesepakatan adalah mustahil, namun ada yang juga berharap bahawa kedua-dua ekonomi terbesar akan mencapai konsensus untuk mengakhirkan peperangan yang sejak itu telah melemahkan ekonomi global. Untuk setakat ini, para pelabur telah memasuki ke dalam pasaran aset selamat sementara menunggu isyarat selanjutnya daripada pasaran. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.09% ke 96.00 sementara pasangan USD/JPY menjunam sebanyak 0.21% ke 107.06 semasa penulisan.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak telah berundur sebanyak 0.30% ke $56.96 setong selepas para pelabur mengambil keuntungan daripada peningkatan harga minyak di tengah-tengah ketegangan geopolitik. Namun, sentimen pasaran minyak masih suram sementara para pelabur menunggu isyarat selanjutnya daripada sidang kemuncak G20 di mana Presiden Trump dan Presiden Xi akan bertemu untuk meneruskan perundingan perdagangan. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 1.17% ke $1404.50 se troy auns akibat dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jun) | 44.3 | 44.6 | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) | 1.7% | 0.6% | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (May) | 5.19M | 5.29M | – |
| 01:00
(22hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 788 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 96.15. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan dalam momentum bearish mencadangkan indeks untuk melantun ke arah tahap rintangan 96.15 sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 96.15, 96.35
Tahap sokongan: 95.85, 95.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2695. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan dalam momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk berundur kembali ke arah tahap sokongan 1.2695 sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2745, 1.2795
Tahap sokongan: 1.2695, 1.2610

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1280. MACD yang menunjukkan penyusutan dalam momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan berundur kembali ke tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1320, 1.1355
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1245

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 107.45. MACD yang menunjukkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 106.80.
Tahap rintangan: 107.45, 107.85
Tahap sokongan: 106.80, 106.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6935. MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6935, 0.6960
Tahap sokongan: 0.6910, 0.6865

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6600. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6600, 0.6635
Tahap sokongan: 0.6570, 0.6540

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3175. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3215, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3175, 1.3130

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.9810. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.9855.
Tahap rintangan: 0.9855, 0.9895
Tahap sokongan: 0.9810, 0.9755

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 57.05. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 58.25, 59.70
Tahap sokongan: 57.05, 55.90

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1400.00. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 1415.00.
Tahap rintangan: 1415.00, 1432.45
Tahap sokongan: 1400.00, 1386.40