83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Jun 2023                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melonjak menjelang keterangan Jerome Powell.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, melantun daripada paras terendah 6 minggu ketika pelabur sedang menunggu keterangan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell sebelum Kongres akhir minggu ini untuk mendapatkan petunjuk mengenai prospek dasar monetari. Kembali kepada Sidang Akhbar Fed pada minggu lepas, Pengerusi Fed Jerome Powell mengulangi pendiriannya yang hawkish berhubung tinjauan dasar monetari, di mana beliau memberi isyarat lebih banyak kenaikan kadar mungkin akan berlaku pada akhir tahun ini. Walaupun Jerome Powell telah menyatakan bahawa beliau sendiri amat yakin dan optimistik terhadap usaha mereka untuk menentang inflasi, tetapi beliau juga menolak kemungkinan untuk mengurangkan kadar faedah dalam beberapa tahun ini sehingga inflasi turun dengan ketara. Dengan itu, para pelabur memerhatikan ucapan Jerome Powell yang akan datang sama ada beliau masih mengekalkan pandangannya bahawa bank pusat tidak selesai menaikkan kadar faedah untuk mengawal inflasi. Selain itu, Biro Banci AS melaporkan data perumahan yang lebih kukuh daripada jangkaan semalam, mencetuskan sedikit momentum pembelian dalam pasaran dolar. Menurut data, Permit Bangunan AS meningkat daripada 1.147M ke 1.491M, lebih tinggi sedikit daripada ramalan konsensus pada 1.425M. Semasa penulisan, indeks dolar turun -0.01% ke 102.50.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -0.02% ke $70.75 setong apabila pengukuhan dolar AS memberi kesan negatif kepada harga komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.12% ke $1938.60 setiap troy auns berikutan pengunduran sedikit di pasaran dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22:00                     USD                                        Fed Chair Powell Testifies

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – CPI (YoY) (May) 8.7% 8.5%
04:30

(22hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 1.024M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 103.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 100.65.

 

Tahap rintangan: 103.00, 105.00

Tahap sokongan: 100.65, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2765. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2875, 1.2970

Tahap sokongan: 1.2635, 1.2525

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Resistance level: 1.1010, 1.1065

Support level: 1.0915, 1.0770

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 141.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 141.60, 144.85

Tahap sokongan: 138.95, 137.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6925, 0.7035

Tahap sokongan: 0.6785, 0.6675

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6150. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3170. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3245, 1.3330

Tahap sokongan: 1.3170, 1.3065

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap  rintangan di 0.8980. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.8980, 0.9140

Tahap sokongan: 0.8835, 0.8670

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 70.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 73.90.

 

Tahap rintangan: 73.90, 77.15

Tahap sokongan: 70.15, 66.50

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1939.75. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1951.60, 1980.00

Tahap sokongan: 1939.75, 1889.55