21 September 2021 Analisis Sesi Pagi
Yen Jepun meningkat susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko.
Aset selamat Yen Jepun telah menerima momentum bullish yang ketara semalam berikutan masalah di kumpulan harta tanah China Evergrande, yang selanjutnya menimbulkan kebimbangan mengenai kesan limpahan ke dalam ekonomi global sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset berisiko ke arah aset selamat seperti seperti Yen Jepun dan Franc Swiss. Menurut kepada Reuters, China Evergrande Group, syarikat hartanah kedua terbesar di China mempunyai liabiliti lebih dari $ 300 bilion, dan laporan menunjukkan syarikat tersebut tidak dapat membayar tarikh akhir pembayaran faedah pada bon luar pesisirnya yang akan dikeluarkan pada hari Khamis. Kegagalan pembayaran hutang dapat memaksa syarikat itu muflis, mencetuskan krisis kecairan yang lebih luas di sektor harta tanah. Di samping itu, para pelabur berspekulasi bahawa Federal Reserve mungkin akan mengeluarkan penyataan hawkish ketika pertemuan FOMC minggu ini. Jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi cenderung memberi kesan negatif terhadap pendapatan dan nilai intrinsik syarikat, yang selanjutnya mengurangkan nilai pasaran saham global sambil meningkatkan daya tarikan Yen Jepun yang selamat. Semasa penulisan, USD / JPY menyusut sebanyak 0.05% ke 109.55.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.42% ke $70.90 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah didagang dengan lebih tinggi di tengah pelabur tetap optimisme terhadap program vaksinasi Covid-19 di seluruh dunia. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.05% ke $1763.50 se troy auns semasa menulis di tengah-tengah kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya memberikan momentum bullish ke atas aset selamat emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day CNY Mid-Autumn Festival
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Building Permits (Aug) | 1.600M | 1.630M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dnegan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 92.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 93.25, 94.10
Tahap sokongan: 92.65, 91.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.3695. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3695, 1.3735
Tahap sokongan: 1.3605, 1.3515

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1705. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1760, 1.1800
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1665

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.60, 110.40
Tahap sokongan: 109.20, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7280. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7280, 0.7345
Tahap sokongan: 0.7220, 0.7115

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.7080. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.\
Tahap rintangan: 0.7080, 0.7160
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6940

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2780. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2850, 1.2905
Tahap sokongan: 1.2780, 1.2725

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9305. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9230.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9330, 0.9100

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 72.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 72.30, 73.75
Tahap sokongan: 70.40, 67.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1763.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1763.70, 1778.55
Tahap sokongan: 1748.35, 1737.05
Risk Statement:
Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investmnt products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts