21 Oktober 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS jatuh sementara pelabur terus memerhatikan perbincangan pelan rangsangan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama menghadapi tekanan jualan yang besar ketika mencecah tahap terendah dalam tempoh satu bulan selepas Dewan Speaker Nancy Pelosi mendedahkan bahawa dia masih optimis terhadap pelan rangsangan berkemungkinan tinggi akan dapat dilaksanakan pada awal bulan depan. Awal minggu ini, had 48 jam telah ditetapkan oleh Nancy Pelosi di mana persetujuan atau kesepakatan harus dicapai antara dua parti terbesar AS jika mereka ingin meluluskan rang undang-undang rangsangan sebelum pilihan raya Presiden AS. Dalam perbincangan terakhir, Rumah Putih dan Demokrat Kongres menyatakan kemajuan yang cukup dapat dilihat dalam perbincangan berkenaan dengan rancangan bantuan rangsangan baru, sambil berjanji bahawa mereka akan berbincang lagi pada hari Rabu. Selain itu, Wakil Ketua Staf Drew Hammill juga menyatakan bahawa kedua-dua pihak amat ‘serius’ dalam perbincangan tersebut, dan kedua-dua pihak juga semakin dekat untuk mencapai kesepakatan. Walaupun begitu, dia juga menambahkan bahawa masih ada beberapa perselisihan yang tertentu dalam pelan rangsangan, tetapi ia akan dibincang lagi dan diselesaikan dalam perbincangan yang akan datang. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar turun 0.37% ke 93.10.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.60% ke $41.40 setong berikutan peningkatan yang tidak dijangkakan dalam inventori minyak AS. Menurut kepada API, Stok Minyak Mentah Mingguan API AS dibebaskan pada 0.584M, lebih tinggi daripada yang diramalkan oleh ahli ekonomi pada -1.900M, ia telah meningkatkan kebimbangan pasaran mengenai isue bekalan yang melebihi sementara ekonomi masih dihantui oleh wabak Covid-19 . Selain itu, harga emas meningkat 0.31% ke $1911.90 per troy auns di tengah optimisme perbincangan rangsangan AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – CPI (YoY)(Sep) | -0.4% | 0.5% | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM)(Aug) | -0.4% | 0.9% | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM)(Sep) | 0.0% | – | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -3.818M | -1.021M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 93.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.70.
Tahap rintangan: 93.10, 94.90
Tahap sokongan: 92.70, 92.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2935. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3010.
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3065
Tahap sokongan: 1.2935, 1.2875

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.1810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 1.1860.
Tahap rintangan: 1.1860, 1.1925
Tahap sokongan: 1.1810, 1.1765

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintanga di 105.75. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 105.15.
Tahap rintangan: 105.75, 106.05
Tahap sokongan: 105.15, 104.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintanga di 0.7075. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7140
Tahap sokongan: 0.7010, 0.6930

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.6610, 0.6660
Tahap sokongan: 0.6555, 0.6515

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3140. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan di 1.3140.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3025

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9090. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 0.9090, 0.9120
Tahap sokongan: 0.9050, 0.9005

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 41.40. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 41.40, 42.15
Tahap sokongan: 40.90, 40.40

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1897.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1915.75.
Tahap rintangan: 1915.75, 1939.60
Tahap sokongan: 1897.45, 1876.85