21 Oktober 2021 Analisis Sesi Petang
Euro melanjutkan keuntungannya susulan data yang optimis.
Mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah meningkat susulan dengan pengeluaran data ekonomi yang positif dari zon Euro baru-baru ini. Menurut kepada Eurostat, data CPI zon Euro pada bulan September telah meningkat dengan lebih tinggi dari bacaan sebelumnya sebanyak 3.0% kepada 3.4%, sementara ia juga sejajar dengan ramalan pasaran. Kadar inflasi yang tinggi adalah didorong terutamanya oleh kenaikan harga tenaga baru-baru ini kerana kekurangan bekalan. Selain itu, Euro juga mendapat keuntungan dari kelemahan dolar yang berterusan disebabkan oleh pengalihan sentimen pasaran terhadap pasaran saham A.S. Dolar AS telah merosot disebabkan oleh pendapatan suku tahunan yang stabil di sektor penjagaan kesihatan. Pendapatan yang lebih baik daripada jangkaan yang dilaporkan oleh syarikat-syarikat besar seperti Anthem dan Abbott Laboratories telah meredakan ketakutan para pelabur mengenai kenaikan inflasi dan gangguan rantaian bekalan. Pada masa penulisan, EUR/USD meningkat sebanyak 0.14% kepada 1.1664.
Di pasaran komoditi, minyak mentah meningkat sebanyak 0.20% kepada $84.05 setong semasa penulisan susulan dengan pasaran yang ketat. Pasaran minyak terus diketatkan dengan ketara kerana kekurangan arang batu dan gas asli telah mendorong kepada penggunaan minyak mentah yang lebih tinggi dan menyokong kenaikan harga. Arab Saudi menyatakan bahawa sebarang minyak tambahan dari OPEC + tidak akan memberi impak dalam mengurangkan kenaikan harga gas, serta meramalkan permintaan minyak mungkin akan meningkat sebanyak 500,000 hingga 600,000 tong sehari jika musim sejuk di hemisfera utara adalah lebih sejuk dari biasanya. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.21% kepada $ 1785.84 se troy auns di tengah-tengah kelemahan dolar A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 EUR EU Leaders Summit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 293K | 303K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Oct) | 30.7 | 24.5 | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Sep) | 5.88M | 6.06M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 93.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 93.00.
Tahap rintangan: 93.70, 94.45
Tahap sokongan: 93.00, 92.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3755. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3880.
Tahap rintangan: 1.3880, 1.4005
Tahap sokongan: 1.3755, 1.3650

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1680. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1680.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1760
Tahap sokongan: 1.1615, 1.1530

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 114.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 113.20.
Tahap rintangan: 114.60, 115.85
Tahap sokongan: 113.20, 112.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7565. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan in untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7565, 0.7660
Tahap sokongan: 0.7480, 0.7410

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7230. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7230, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7080

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2200.
Tahap rintangan: 1.2335, 1.2500
Tahap sokongan: 1.2200, 1.2030

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9215. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9140.
Tahap rintangan: 0.9215, 0.9295
Tahap sokongan: 0.9140, 0.9080

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 83.80. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 83.80, 88.40
Tahap sokongan: 79.35, 75.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1793.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1793.30, 1812.80
Tahap sokongan: 1769.30, 1748.55