21 Oktober 2022 Analisis Sesi Pagi
Pound melonjak berikutan perletakan jawatan Liz Truss.
Pound Sterling, yang didagangkan secara meluas oleh pelabur global, melonjak apabila Perdana Menteri Britain mengumumkan peletakan jawatannya selepas tempoh singkat dan huru-hara selama enam minggu. Semalam, Perdana Menteri UK, Liz Truss memutuskan untuk meletakkan jawatannya kerana program rangsangan ekonominya menyebabkan gelombang kejutan kepada pasaran, menyebabkan ahli partinya hilang keyakinan terhadapnya selepas enam minggu dilantik. Liz Truss juga mengakui bahawa dia tidak dapat melaksanakan mandat yang mana dia dipilih oleh Parti Konservatif. Dengan itu, beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Konservatif, tetapi akan kekal sebagai perdana menteri sehingga pengganti telah dipilih. Semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri UK, beliau mengumumkan pakej pemotongan cukai yang besar-besaran sebelum membatalkan sebahagian besar pelannya. Pada ketika ini, pemimpin parti konservatif baharu akan menggantikan Liz Truss sebagai perdana menteri baharu dalam masa seminggu, di mana tiada pilihan raya umum akan diadakan. Semasa penulisan, pasangan mata wang GBP/USD turun 0.03% ke 1.1230.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.10% ke $84.55 setong kerana China merancang untuk melonggarkan sekatan kuarantin Covid-19 untuk pengunjung. Walau bagaimanapun, kebimbangan pasaran terhadap tekanan inflasi yang tinggi di seluruh dunia terus mempengaruhi prospek pasaran minyak. Selain itu, harga emas turun -0.07% ke $1627.10 setiap troy auns apabila dolar mengukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 EUR EU Leader Summit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
14:00 | GBP – Retail Sales (MoM) (Sep) | -1.6% | -0.5% | – |
20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) | -3.1% | 0.4% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 113.30.
Tahap rintangan: 113.30, 115.00
Tahap sokongan: 111.25, 109.00
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1350. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1185.
Tahap rintangan: 1.1350, 1.1620
Tahap sokongan: 1.1185, 1.1050
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9830. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9685.
Tahap rintangan: 0.9830, 0.9910
Tahap sokongan: 0.9685, 0.9585
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 149.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 152.00.
Tahap rintangan: 152.00, 154.95
Tahap sokongan: 149.35, 147.30
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6285. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa pendek.
Tahap rintangan: 0.6285, 0.6430
Tahap sokongan: 0.6165, 0.5990
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.5710. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa pendek.
Tahap rintangan: 0.5710, 0.5775
Tahap sokongan: 0.5625, 0.5560
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3715. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa pendek.
Tahap rintangan: 1.3875, 1.4000
Tahap sokongan: 1.3715, 1.3600
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0055. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.0055, 1.0160
Tahap sokongan: 0.9930, 0.9840
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 86.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 80.60.
Tahap rintangan: 86.15, 89.45
Tahap sokongan: 80.60, 76.60
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1627.60. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1661.40, 1693.35
Tahap sokongan: 1627.40, 1600.00