83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Oktober 2022                                Analisis Sesi Petang

Dolar AS melantun selepas data ekonomi optimis dikeluarkan.

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama melonjak semalam di tengah-tengah data ekonomi yang optimis, yang mendorong momentum bullish terhadap Dolar AS. Menurut kepada Department of Labor AS, Initial Jobless Claims AS menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 226K ke 214K, lebih rendah daripada ramalan konsensus sebanyak 230K. Selain itu, Existing Home Sales AS mencatatkan angka sebanyak 4.71 juta, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 4.70 juta. Data-data tersebut menunjukkan keadaan ekonomi dan pasaran buruh yang optimistik, yang meningkatkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di AS. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh Dolar AS adalah terhad di tengah-tengah peningkatan Pound Sterling. Semalam, Liz Truss telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri UK, manakala beliau menjadi perdana menteri paling singkat dalam sejarah UK. Sementara kini, Rishi Sunak dan Penny Mordaunt adalah calon utama untuk Perdana Menteri negara yang akan datang, yang harapan tinggi diletakkan kepada kedua-dua calon ini untuk menstabilkan ekonomi UK. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.03% ke 112.85.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.39% ke $84.84 setong setakat ini selepas kemerosotan mendadak sepanjang sesi dagangan semalaman berikutan jangkaan kenaikan kadar daripada Fed telah menjejaskan permintaan komoditi hitam ini. Di samping itu, harga emas menyusut sebanyak 0.46% ke $1625.09 se-troy auns semasa penulisan di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

18:00                     EUR                                        EU Leader Summit

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Retail Sales (MoM) (Sep) -1.6% -0.5%
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) -3.1% 0.4%

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 113.15, 114.40

Tahap sokongan: 111.55, 109.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1370, 1.1635

Tahap sokongan: 1.1165, 1.0940

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.9810, 0.9905

Tahap sokongan: 0.9730, 0.9645

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 150.25, 152.80

Tahap sokongan: 147.65, 144.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6370, 0.6470

Tahap sokongan: 0.6265, 0.6175

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.5725, 0.5805

Tahap sokongan: 0.5635, 0.5545

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.3820, 1.3990

Tahap sokongan: 1.3635, 1.3455

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.0105, 1.0200

Tahap sokongan: 1.0005, 0.9930

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 86.05, 89.00

Tahap sokongan: 82.45, 79.60

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1624.05, 1635.45

Tahap sokongan: 1611.20, 1596.05