21 November 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar meningkat selepas hubungan U.S-China bertambah buruk.
Indeks dolar yang berbanding terhadap sebakul enam mata wang utama telah meningkat pada sesi Asia awal berikutan dengan kenyataan perdagangan yang pesimistik dari Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta kelulusan bil Hong Kong. Menurut kepada perkembangan terkini, Presiden A.S. Donald Trump telah mengancam untuk meningkatkan tarif ke atas barangan import China sekiranya rundingan perdagangan gagal untuk mencapai konsensus. Selain itu, Senat AS meluluskan rang undang-undang yang menyokong para penunjuk perasaan Hong Kong dan mengharamkan eksport barangan seperti gas pemedih mata dan peluru getah ke pasukan polis Hong Kong. In telah memburukkan hubungan diantara U.S-China. Beijing telah mengkritik perundangan A.S. yang bertujuan untuk melindungi hak asasi manusia di Hong Kong dan menyatakan bahawa A.S. harus berhenti dalam bercampur tangan. Prospek yang semakin buruk juga telah menambah keresahan selanjutnya kepada mata wang yang disokong oleh perdagangan seperti mata wang antipodeans. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.04% kepada 97.78 manakala AUD / USD telah jatuh sebanyak 0.04% kepada 0.6798.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.48% kepada $56.94 setong pada masa penulisan selepas pasaran memberikan sentimen optimistik terhadap data inventori minyak mentah yang lebih kecil. Menurut kepada laporan dari Energy Information Administration (EIA), stok minyak mentah AS telah meningkat sebanyak 1.379 juta tong minggu lepas, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.543 juta tong. Selain itu, Presiden Rusia, Vladmir Putin juga menyatakan bahawa Rusia akan melakukan yang terbaik untuk menyokong OPEC dalam apa cara yang diperlukan untuk memotong pengeluaran. Ini telah menambah semangat kenaikan harga selanjutnya kepada komoditi hitam tersebut. Seterusnya, harga emas kekal mantap dan meningkat sebanyak 0.19% kepada $1473.87 se troy auns semasa penulisan susulan dengan ketegangan politik di Hong Kong serta ketegangan dalam hubungan antara A.S dan China kekal menjana permintaan untuk komoditi selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif GBP BoE MPC Treasury Committee Hearings
20.30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
21.40 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Actual |
| 21.30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Nov) | 5.6 | 7.0 | – |
| 23.00 | USD – Existing Home Sales | 5.38M | 5.47M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 97.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 98.25, 98.90
Tahap sokongan: 97.60, 96.85

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2795, 1.2690

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1080. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1080, 1.1170
Tahap sokongan: 1.0990, 1.0925

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari garisan MA. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 108.25.
Tahap rintangan: 108.85, 109.40
Tahap sokongan: 108.25, 107.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 0.6725.
Tahap rintangan: 0.6810, 0.6875
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6670

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6425. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6340.
Tahap rintangan: 0.6425, 0.6500
Tahap sokongan: 0.6340, 0.6275

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3260. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.3260.
Tahap rintangan: 1.3340, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3260, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9915. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9845.
Tahap rintangan: 0.9915, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9845, 0.9800

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 56.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 57.95.
Tahap rintangan: 57.95, 59.40
Tahap sokongan: 56.30, 54.85

GOLD_ H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1477.90. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan harga komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1458.50.
Tahap rintangan: 1477.90, 1497.00
Tahap sokongan: 1458.50, 1445.70