21 Disember 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar Australia menyusut susulan dengan kebimbangan Omicron.
Dolar Australia melanjutkan kerugiannya susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan global di tengah-tengah peningkatan kes-kes Covid-19 Omicron di seluruh dunia, yang mendorong para pelabur mengalihkan portfolio mereka ke arah mata wang selamat yang lain. Menurut kepada A.S. Disease Control and Prevention (CDC), AS telah melaporkan kematian pertamanya yang berkaitan dengan varian Omicron di Texas. Selain itu, World Health Organization (WHO) telah menegaskan bahawa kadar penyebaran untuk varian Omicron adalah lebih tinggi daripada varian Delta dan menyebabkan jangkitan pada orang yang telah diberi vaksin atau yang telah memulih daripada penyakit Covid-19. Namun begitu, Dolar Australia telah mengehadkan kerugiannya berikutan Rizab Bank Australia (RBA) melancarkan nada hawkish mereka terhadap perkembangan ekonomi di Australia. Menurut kepada minit mesyuarat RBA terkini, bank pusat Australia kekal optimisme bahawa penyebaran varian Omicron tidak akan menjejaskan pemulihan ekonomi yang berterusan, sambil mendakwa bahawa mereka mungkin menamatkan pelonggaran kuantitatif lebih awal daripada jangkaan. Semasa penulisan, AUD/USD telah menyusut sebanyak 0.01% ke 0.7108.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.23% ke $69.70 setong semasa penulisan di tengah-tengah pembetulan teknikal. Namun begitu, aliran keseluruhan bagi komoditi minyak mentah adalah masih kekal bearish di tengah-tengah peningkatan bilangan varian Omicron di seluruh dunia telah menjejaskan daya tarikan untuk komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.04% ke $1790.20 se troy auns semasa penulisan susulan dengan para pelabur membuat spekulasi bahawa kemungkinan yang lebih tinggi untuk Rizab Persekutuan meningkatkan kadar faedahnya dalam asas jangka pendek.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari In
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Oct) | -0.2% | 1.6% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 95.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.90, 97.50
Tahap sokongan: 95.65, 94.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3195. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3355, 1.3505
Tahap sokongan: 1.3195, 1.3050

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1235. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1345.
Tahap rintangan: 1.1345, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1235, 1.1175

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 114.40. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 112.80.
Tahap rintangan: 114.40, 115.40
Tahap sokongan: 112.80, 112.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7175. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7175, 0.7360
Tahap sokongan: 0.7090, 0.6995

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6705. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6895, 0.7150
Tahap sokongan: 0.6705, 0.6405

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2935. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2935, 1.3020
Tahap sokongan: 1.2840, 1.2765

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9200. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9260, 0.9315
Tahap sokongan: 0.9200, 0.9155

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 69.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 69.55, 72.65
Tahap sokongan: 66.50, 62.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1790.20. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1811.50, 1830.55
Tahap sokongan: 1790.20, 1762.20