22 Januari 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie jatuh susulan data yang lemah.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang berbanding dengan dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh susulan pembebasan data Retail Sales yang lebih lemah daripada yang dijangkakan baru-baru ini. Menurut kepada Biro Statistik Australia, perbelanjaan pengguna Australia yang diwakili oleh data Retail Sales telah menurun sebanyak 4.2% pada bulan Disember, lebih rendah daripada jangkaan pasaran untuk penurunan sebanyak 1.5% dan bacaan sebelumnya sebanyak 7.1%. Penurunan dalam perbelanjaan pengguna pada musim cuti telah menimbulkan keraguan terhadap kekuatan pemulihan ekonomi dari koronavirus dan menyokong kepada nada RBA yang dovish, justerunya memberikan tekanan kepada pasangan mata wang ini. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.21% kepada 0.7744.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 1.34% kepada $52.23 setong berikutan dengan kebimbangan mengenai kes COVID-19 baru di China. Mengikuti perkembangan terbaru, pusat komersial Shanghai melaporkan kes pertama yang disebarkan secara tempatan dalam dua bulan pada hari Khamis. Kebimbangan terhadap sekatan pandemik yang baru di China kerana peningkatan kes baru akan mengekang permintaan bahan bakar dalam negara pengimport minyak terbesar di dunia, justerunya ia menyeret nilai komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas kekal stabil dan menokok sebanyak 0.12% kepada $ 1861.65 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar yang berterusan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | GBP – Retail Sales (MoM)(Dec) | -3.8% | 1.2% | – |
| 16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jan) | 58.3 | 57.5 | – |
| 17:30 | GBP – Composite PMI (Jan) | 50.7 | 50.7 | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI (Jan) | 57.3 | 57.3 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Jan) | 49.9 | 49.9 | – |
| 21:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM)(Nov) | 1.0% | 0.3% | – |
| 23:00 | USD – Existing Home Sales(Dec) | 6.69M | 6.55M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 90.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.80.
Tahap rintangan: 90.45, 90.90
Tahap sokongan: 89.80, 89.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3685. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3795, 1.3860
Tahap sokongan: 1.3685, 1.3625

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2145. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2215.
Tahap rintangan: 1.2215, 1.2310
Tahap sokongan: 1.2145, 1.2075

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 103.40. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 103.65.
Tahap rintangan: 103.65, 104.15
Tahap sokongan: 103.40, 103.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7735. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7785, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7735, 0.7670

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7165. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7305
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7110

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2640. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2720.
Tahap rintangan: 1.2720, 1.2805
Tahap sokongan: 1.2640, 1.2545

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.8845. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.8920, 0.8980
Tahap sokongan: 0.8845, 0.8800

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 53.70. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 51.95.
Tahap rintangan: 53.70, 55.65
Tahap sokongan: 51.95, 50.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 1861.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut
Tahap rintangan: 1899.95, 1931.00
Tahap sokongan: 1861.20, 1827.50