22 Februari 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar menyusut susulan dengan peningkatan dalam sentimen selera risiko.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah didagang dengan lebih rendah selepas jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia telah melaporkan bacaan yang rendah, dengan 2.7 juta kes baru minggu yang lalu, penurunan sebanyak 16% berbanding dengan minggu sebelumnya. Bacaan yang rendah tersebut telah mencetuskan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset selamat seperti Dolar AS ke arah aset berisiko seperti Paun Sterling dan Dolar Australia. Menurut kepada data terkini, Australia juga telah melaporkan bahawa tiada kes tempatan Covid-19 untuk hari ketiga berturut-turut. Selain itu, Perdana Menteri UK Boris Johnson sedang merancang untuk melonggarkan perintah kawalan di negara UK pada hari ini. Beberapa para pelabur telah bermula untuk membuat spekulasi bahawa aset selamat seperti Dolar AS akan melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah jangkaan positif terhadap pemulihan ekonomi global dari Covid-19. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan kenaikan baru-baru ini dalam Hasil Perbendaharaan AS dan penyusutan kes-kes Covid-19 di negara A.S., yang selanjutnya mencetuskan beberapa momentum bullish ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi yang bernilai sebanyak $1.9 trilion dari kerajaan AS untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.02% ke 90.30.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 1.19% ke $59.70 se tong semasa penulisan selepas data inventori minyak mentah telah dibebaskan dari rantau A.S. Menurut kepada Energy Information Administration, inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -7.258M, lebih baik berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak -2.429M, yang selanjutnya memberi beberapa momentum bullish ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.05% ke $1784.05 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Feb) | 90.1 | 90.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 90.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangak pendek.
Tahap rintangan: 90.40, 90.85
Tahap sokongan: 90.00, 89.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3955. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.4085, 1.4175
Tahap sokongan: 1.3955, 1.3855

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2065. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2150, 1.2215
Tahap sokongan: 1.2065, 1.2020

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 105.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 105.65, 106.00
Tahap sokongan: 105.10, 104.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7880. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7880, 0.7940
Tahap sokongan: 0.7800, 0.7720

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7305. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7305, 0.7350
Tahap sokongan: 0.7255, 0.7165

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2600. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2690, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2600, 1.2540

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.8980. MACD yang memaparkan moentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.8980, 0.9045
Tahap sokongan: 0.8925, 0.8845

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 58.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 60.50.
Tahap rintangan: 60.50, 61.65
Tahap sokongan: 58.65, 57.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1764.10. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1795.35.
Tahap rintangan: 1795.35, 1825.25
Tahap sokongan: 1764.10, 1731.65