22 Mac 2021 Analisis Sesi Pagi
Yen Jepun menjunam susulan dengan pendirian yang dovish daripada BoJ.
Yen Jepun yang bertindak sebagai salah satu mata wang safe haven di pasaran FX merosot selepas Bank of Japan (BoJ) memutuskan untuk memperluaskan sempadan kadar faedah yang membenarkan kadar jangka panjang bergerak di sekitar sasarannya, sebagai sebahagian ukuran dasar monetari untuk memerangi wabak virus. Selepas mesyuarat dua hari itu, ahli dewan BoJ sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan kadar tunai pada -0.1%, sambil membiarkan siling pembelian bon berada di tahap 12 trilion yen setiap tahun, Selain itu, BoJ menekankan bahawa kadar faedah akan tetap berada pada tahap rendah untuk menyokong ekonomi yang terjejas teruk oleh Covid-19. Selain itu, lonjakan ketara dalam hasil perbendaharaan AS terus meningkatkan nilai pasangan mata wang USDJPY ke tahap yang lebih tinggi. Pada sesi dagangan terakhir, hasil perbendaharaan AS melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan selepas Federal Reserve menolak untuk melanjutkan pelannya yang melonggarkan jumlah bank modal yang perlu dikekalkan dalam bank. Dengan latar belakang Fed membiarkan rancangan tersebut berakhir, ia berkemungkinan tinggi akan mendorong bank untuk menjual pegangan bon mereka untuk memenuhi syarat Statutory Liquidity Ratio (SLR) dan akhirnya mendorong hasil perbendaharaan naik ke tahap yang lebih tinggi. Pada masa penulisan, pasangan mata wang USD/JPY melonjak 0.02% ke 108.90.
Di pasaran komoditi, minyak mentah naik 0.01% ke $61.45 setong selepas beberapa negara di Europe memutuskan untuk kembali menggunakan vaksin Astra Zeneca. Padam inggu lalu, Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) menyatakan bahawa manfaat vaksin tersebut adalah melebihi kemungkinan risiko kesan sampingan, sambil menekankan bahawa vaksin itu selamat dan berkesan untuk digunakan. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1746.99 setroy auns di tengah-tengah kebangkitan virus di seluruh negara Eropah yang dimana telah meningkatkan permintaan pasaran terhadap aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (MoM)(Feb) | 6.69M | 6.49M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 91.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 92.10.
Tahap rintangan: 92.10, 92.60
Tahap sokongan: 91.55, 91.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3845. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3755.
Tahap rintangan: 1.3845, 1.3990
Tahap sokongan: 1.3755, 1.3625

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1890. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1830.
Tahap rintangan: 1.1890, 1.1990
Tahap sokongan: 1.1830, 1.1755

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 109.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 109.20, 109.65
Tahap sokongan: 108.35, 107.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.7700. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.77830, 0.7780
Tahap sokongan: 0.7700, 0.7655

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.7175. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7105.
Tahap rintangan: 0.7175, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7075

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2485. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 1.2555.
Tahap rintangan: 1.2555, 1.2610
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2400

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9280. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9370.
Tahap rintangan: 0.9370, 0.9430
Tahap sokongan: 0.9280, 0.9225

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumya di 60.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 62.60.
Tahap rintangan: 62.60, 63.70
Tahap sokongan: 60.65, 59.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1738.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1765.20.
Tahap rintangan: 1765.20, 1786.55
Tahap sokongan: 1738.10, 1718.15