22 April 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar meningkat susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat keuntungannya selepas penyusutan yang mendadak dalam pasaran minyak mentah, yang selanjutnya meningkatkan sentimen selera risiko dan mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Dolar AS. Pada hari semalam, “future kontrak” minyak mentah untuk bulan Mei 2020 telah memberi bacaan yang negatif susulan dengan permintaan global terhadap minyak mentah telah menyusut dengan ketara yang akibat daripada wabak koronavirus, yang selanjutnya mendorong masalah bekalan minyak mentah yang berlebihan dan juga kekurangan kapasiti simpanan untuk komoditi tersebut. Penutupan kilang dan pengurangan perjalanan yang dilaksanakan untuk mengurangkan penyebaran wabak koronavirus telah mendorong kejatuhan yang ketara dalam harga minyak mentah. Sebaliknya, Menurut kepada Reuters, Kongres A.S. telah mencapai perjanjian semalam dengan Presiden A.S. Donald Trump mengenai rangsangan ekonomi yang bernilai sebanyak $500 bilion untuk menyelamatkan perniagaan kecil dalam A.S. Dasar-dasar tersebut telah meningkatkan beberapa sentimen positif pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Untuk data ekonomi A.S, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya selepas data perumahan yang negatif dari rantau A.S. dibebaskan. Menurut kepada National Association of Realtor, A.S. Existing Home Sales telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 5.76M ke 5.27M, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu 5.30M. Semasa penulisan, indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.25% ke 100.30.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 2.22% ke $13.34 se tong. Namun, pasaran minyak mentah telah mencatat kerugiannya semalam selepas A.S melaporkan bahawa simpanan minyak mentah di Cushing sudah mencapai 70% penuh pada pertengahan April. Walau bagaimanapun, Arab Saudi dan Rusia menegaskan pada pagi ini bahawa mereka bersedia untuk mengambil langkah tambahan untuk menstabilkan pasaran minyak mentah dengan pengeluar lain. Sebaliknya, harga emas telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.03% ke $1685.55 se troy auns susulan dengan kekukuhan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – CPI (YoY) (Mar) | 1.7% | 1.5% | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Mar) | 0.7% | – | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 19.248M | 15.150M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 100.35. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 100.35, 100.85
Tahap sokongan: 99.40, 98.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2230. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2385.
Tahap rintangan: 1.2385, 1.2620
Tahap sokongan: 1.2230, 1.2045

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0825. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tesebut.
Tahap rintangan: 1.0975, 1.1125
Tahap sokongan: 1.0825, 1.0660

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 107.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 107.40.
Tahap rintangan: 107.90, 108.40
Tahap sokongan: 107.40, 106.90

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagnag dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.6620. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6460, 0.6640
Tahap sokongan: 0.6220, 0.5985

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.5955. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia meemcah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6075, 0.6215
Tahap sokongan: 0.5955, 0.5840

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.4175. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4390, 1.4530
Tahap sokongan: 1.4175, 1.4070

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.9715. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9715, 0.9775
Tahap sokongan: 0.9595, 0.9510

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 12.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 25.50, 34.05
Tahap sokongan: 12.25, 6.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1666.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1701.20.
Tahap rintangan: 1701.20, 1737.25
Tahap sokongan: 1666.00, 1634.75