22 April 2021 Analisis Sesi Pagi
Loonie melonjak susulan dengan isyarat hawkish dari BoC
Dolar Kanada telah melonjak dengan ketara berbanding dengan Dolar AS semalam susulan dengan penyataan yang hawkish daripada Bank Pusat Kanada. Para pelabur kekal optimis terhadap kemajuan ekonomi di Kanada pada masa kini selepas Bank Pusat Kanada menegaskan bahawa mereka mungkin akan mengetatkan dasar monetari pada masa yang akan datang. Menurut kepada penyataan dari Bank Pusat Kanada, bank pusat tersebut menegaskan bahawa mereka akan mengekalkan kadar faedah yang rendah sehingga sasaran inflasi 2% dicapai secara berkelanjutan. Namun, Bank Pusat Kanada tetap yakin terhadap pertumbuhan ekonomi di Kanada susulan dengan peningkatan dalam perbelanjaan pengguna dan prospek positif terhadap perkembangan vaksin Covid-19. Bank Pusat Kanada memberi isyarat bahawa mereka akan mengetatkan dasar monetari pada akhir tahun 2022 untuk memerangi risiko inflasi pada masa depan. Tambahan pula, Bank Pusat Kanada telah mengurangkan kadar pembelian bon dari C$ 4 bilion hingga C$ 3 bilion setiap minggu. Semasa penulisan, USD/CAD telah menyusut sebanyak 0.08% ke 1.2500.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.13% ke $61.10 se tong semasa penulisan. Walau bagaimanapun, harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah semalam susulan dengan peningkatan kes-kes Covid-19 yang ketara di seluruh dunia, terutamanya India telah mencetuskan prospek negatif ke atas permintaan pasaran ke atas minyak mentah. Pada masa kini, para pelabur perlu terus memberi pemantauan terhadap perkembangan Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.05% ke $1794.25 se troy auns susulan dengan penyusutan dalam sentimen selera risiko dalam pasaran FX.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Apr) | 0.00% | 0.00% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 576K | 625K | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Mar) | 6.22M | 6.18M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 91.30. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 90.80.
Tahap rintangan: 91.30, 92.00
Tahap sokongan: 90.80, 90.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3905. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4000, 1.4130
Tahap sokongan: 1.3905, 1.3800

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1985. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2055.
Tahap rintangan: 1.2055, 1.2130
Tahap sokongan: 1.1985, 1.1920

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 108.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 107.70.
Tahap rintangan: 108.45, 109.20
Tahap sokongan: 107.70, 106.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7755. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7755, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7705, 0.7665

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7235. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7320
Tahap sokongan: 0.7110, 0.6960

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2460. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2535, 1.2615
Tahap sokongan: 1.2460, 1.2395

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9225. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9225, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9060, 0.8910

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 61.85. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 59.90.
Tahap rintangan: 61.85, 63.60
Tahap sokongan: 59.90, 57.40

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1781.95. MAC yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1812.50.
Tahap rintangan: 1812.50, 1853.30
Tahap sokongan: 1781.95, 1755.50