83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 May 2023                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS menjunam di tengah-tengah kebuntuan perbincangan dan pendirian dovish Powell.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berundur daripada paras tertinggi dua bulan apabila mesyuarat antara perunding Rumah Putih dan Speaker Dewan Kevin McCarthy berakhir pada malam Jumaat dengan tiada pihak dapat menyatakan bila mereka akan bertemu secara fizikal. Jumaat lalu, Encik McCarthy telah meminta pertemuan dengan Presiden Joe Biden mengenai siling hutang, menurut seseorang yang biasa dengan perkara itu. Bercakap kepada pemberita Ahad di sidang kemuncak G7 di Jepun, Biden berkata beliau akan bercakap dengan McCarthy pada hari itu tetapi enggan memberikan maklumat lanjut sebelum panggilan itu. Dengan itu, diandaikan perbincangan hanya akan disambung semula selepas Biden kembali dari mesyuarat G7. Kemunduran itu menghapuskan harapan bahawa persetujuan dapat dicapai lebih awal daripada yang dijangkakan. Selain itu, ucapan dovish yang tidak dijangka daripada Jerome Powell telah mencetuskan tekanan jualan yang besar dalam pasaran dolar. Jumaat lalu, Pengerusi Fed Jerome Powell berkata kegawatan dalam sektor perbankan baru-baru ini adalah petanda amaran bagi mereka, kerana kenaikan kadar selanjutnya mungkin memburukkan kesihatan kewangan di semua sektor. Oleh itu, kadar faedah mungkin tidak perlu meningkat seperti yang dijangkakan untuk membendung inflasi, tetapi keputusan masa depan mengenai dasar monetari mereka akan bergantung kepada data masa depan. Semasa penulisan, indeks dolar jatuh sebanyak -0.07% ke 103.15.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -0.14% ke $71.85 setong apabila perbincangan had hutang mengalami kebuntuan, di mana telah meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap risiko mungkir yang boleh menjejaskan permintaan minyak. Selain itu, harga emas menaik sebanyak 0.02% ke $1977.80 setiap troy auns di tengah-tengah kenyataan dovish daripada Pengerusi Fed Jerome Powell.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   CAD                                        Victoria Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

220523 Analisis Sesi Pagi-走势分析图

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 103.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.00, 100.65

 

220523 Analisis Sesi Pagi-走势分析图

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2405. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.2525.

 

Tahap rintangan: 1.2525, 1.2645

Tahap sokongan: 1.2405, 1.2300

 

220523 Analisis Sesi Pagi-走势分析图

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0770. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0915.

 

Tahap rintangan: 1.0915, 1.1010

Tahap sokongan: 1.0770, 1.0665

 

220523 Analisis Sesi Pagi-走势分析图

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 137.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 138.95, 141.60

Tahap sokongan: 137.60, 136.30

 

220523 Analisis Sesi Pagi-走势分析图

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6675.

 

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6785

Tahap sokongan: 0.6565, 0.6425

 

220523 Analisis Sesi Pagi-走势分析图

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6290.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

220523 Analisis Sesi Pagi-走势分析图

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3485. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3565

Tahap sokongan: 1.3395, 1.3330

 

220523 Analisis Sesi Pagi-走势分析图

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9000. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.8865.

 

Tahap rintangan: 0.9000, 0.9075

Tahap sokongan: 0.8865, 0.8780

 

220523 Analisis Sesi Pagi-走势分析图

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 73.90. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 73.90, 77.15

Tahap sokongan: 70.15, 66.50

 

220523 Analisis Sesi Pagi-走势分析图

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1980.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1980.00, 2020.70

Tahap sokongan: 1951.60, 1889.55