83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Jun 2020                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melonjak di tengah-tengah kebimbangan gelombang virus kedua meningkat.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama melonjak kerana daya tarikan dolar sebagai aset yang selamat meningkat walaupun para pelabur masih bimbang terhadap pemulihan ekonomi AS. Sejak tercetusnya Coronavirus, ekonomi global telah memasuki ke tahap kemelesetan yang belum pernah terjadi sebelumnya di mana kegiatan ekonomi terpaksa dihentikan, sebagai langkah untuk mengurangkan kejatuhan virus. Walau bagaimanapun, peningkatan ketara kes koronavirus baru harian di AS dan beberapa negara lain seperti Jerman telah meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap kemunculan wabak virus gelombang kedua. Pada minggu lalu, negara AS telah melaporkan lebih daripada 30,000 kes baru dan ia telah memecah rekod kes baru harian tertinggi sejak 1 Mei di mana negeri Florida mempunyai jumlah kes baru tertinggi antara negeri-negeri. Di samping itu, kluster virus yang baru juga telah dikesan di negara-negara yang telah berjaya mengawal penyebaran virus selama beberapa bulan terakhir seperti China dan Jerman, meningkatkan ketakutan terhadap kemunculan virus di negara-negara ini sekali lagi. Oleh itu, pelabur memilih untuk melarikan diri ke mata wang safe haven untuk mengelakkan risiko kemerosotan ekonomi yang mungkin disebabkan oleh wabak gelombang virus yang baru. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.04% ke 97.65.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.05% ke $39.85 setong disebabkan oleh optimisme pasaran terhadap pemotongan bekalan OPEC +. Dalam pertemuan baru-baru ini, Iraq dan Kazahkstan telah berjanji untuk mematuhi pelan pemotongan minyak dengan lebih baik, yang menunjukkan bahawa masalah kekurangan bekalan mungkin dapat diselesaikan sepanjang pemotongan pengeluaran. Selain itu, harga emas melonjak 0.19% ke $1747.40 setroy auns di tengah peningkatan kebimbangan pasaran mengenai wabak gelombang virus baru.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – Existing Home Sales (May) 4.33M 4.10M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 97.60. MACD yang memaparkan bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.60, 98.35

Tahap sokongan: 96.85, 95.95

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2485. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2250.

 

Tahap rintangan: 1.2485, 1.2585

Tahap sokongan: 1.2250, 1.1965

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1240. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1115.

 

Tahap rintangan: 1.1240, 1.1400

Tahap sokongan: 1.1115, 1.1025

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 107.15, 108.15

Tahap sokongan: 106.20, 104.80

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6935. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6655.

 

Tahap rintangan: 0.6935, 0.7215

Tahap sokongan: 0.6655, 0.6310

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6405. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan  pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6200.

 

Tahap rintangan: 0.6405, 0.6565

Tahap sokongan: 0.6200, 0.5925

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3650.

 

Tahap rintangan: 1.3650, 1.3830

Tahap sokongan: 1.3360, 1.3075

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9540.

 

Tahap rintangan: 0.9540, 0.9625

Tahap sokongan: 0.9455, 0.9335

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 38.95. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 40.35.

 

Tahap rintangan: 40.35, 42.40

Tahap sokongan: 38.95, 37.55

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1743.75. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1753.85

 

Tahap rintangan: 1753.85, 1763.60

Tahap sokongan: 1743.75, 1732.75