22 Jun 2020 Analisis Sesi Petang
Aussie menyimpan keuntungannya selepas keputusan dari PBoC.
Dolar Aussie yang berbanding dengan dolar AS dan mata wang lain kekal dalam tawaran selepas keputusan kadar dari Bank Rakyat China (PBOC). Menurut kepada PBoC, bank pusat telah mengekalkan kadar pinjaman perdana 1 tahun dan 5 tahun masing-masing pada 3.85% dan 4.65% seperti yang dijangkakan. Selain itu, pujian dari Gabenor RBA Lowe juga membantu dalam meningkatkan sentimen pasaran. Menurut kepada laporan, Gabenor Phillip Lowe menyatakan bahawa Australia muncul kuat dari krisis koronavirus sekiranya dibandingkan dengan banyak ekonomi lain. Beliau juga menyebutkan bahawa kemerosotan ekonomi di Australia adalah tidak teruk seperti yang dijangkakan dan telah mencapai prestasi yang sangat baik jika dengan banyak negara lain. Walau bagaimanapun, ketegangan antara AS dan China terus membebankan pasangan tersebut dan potensi kenaikan yang lebih lanjut berkemungkinan akan dihadkan sementara para pelabur menunggu untuk perkembangan selanjutnya. Pada penulisan, AUDUSD telah meningkat sebanyak 0.18% kepada 0.6842.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 2.50% kepada $ 40.03 setong pada masa penulisan berikutan dengan prospek bekalan yang semakin ketat. Dalam AS dan Kanada, jumlah pelantar minyak yang beroperasi masing-masing telah ke paras terendah kepada 189 dan 17. Selain itu, perjanjian untuk mematuhi pemotongan pengeluaran minyak oleh Iraq dan Kazakhstan juga terus memberikan sokongan untuk komoditi hitam ini. Sebaliknya, harga emas melambung sebanyak 0.62% kepada $ 1754.91 se troy auns berikutan dengan ketidaktentuan dalam ketegangan AS-China dan ketakutan terhadap koronavirus gelombang kedua mendorong permintaan tinggi untuk pasaran yang selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (May) | 4.33M | 4.10M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 97.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 95.90.
Tahap rintangan: 97.55, 98.80
Tahap sokongan: 95.90, 94.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2435. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2435.
Tahap rintangan: 1.2435, 1.2620
Tahap sokongan: 1.2225, 1.1995

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1250. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang telah berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.1250.
Tahap rintangan: 1.1250, 1.1390
Tahap sokongan: 1.1090, 1.0870

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan momentum dan arah yang jelas. Ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 107.40, 108.00
Tahap sokongan: 106.60, 106.00

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6820. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.7020.
Tahap rintangan: 0.7020, 0.7195
Tahap sokongan: 0.6820, 0.6680

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6370. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6490.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6235

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3645 baru-baru ini. Namun, oleh kerana kekurangan arah yang jelas dan momentum dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3645, 1.3810
Tahap sokongan: 1.3485, 1.3330

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan momentum dan arah yang jelas, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.9545, 0.9850
Tahap sokongan: 0.9460, 0.9365

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 40.45. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 35.05.
Tahap rintangan: 40.45, 43.85
Tahap sokongan: 35.05, 31.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1761.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1761.25, 1795.80
Tahap sokongan: 1736.80, 1701.70