83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Jun 2021                         Analisis Sesi Pagi

Dolar menyusut berikutan penyataan dovish.

Indeks Dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya selepas seorang ahli Federal Reserve mendakwa bahawa ekonomi AS masih belum bersedia bagi Bank Pusat AS untuk mengetatkan dasar monetari, walaupun prospek ekonomi di AS telah menjadi lebih baik. Anggota Federal Reserve John William menegaskan Fed harus mematuhi syarat-syarat kerangka dasar monetari yang berkembang walaupun ekonomi semakin baik sepanjang masa. Komen itu muncul menjelang keterangan berjadual Jerome Powell di Kongres pada hari Selasa. Selain itu, beliau juga mengulangi bahawa kadar inflasi dijangkakan akan turun ke arah tujuan Federal Reserve dalam jangka panjang sambil menyatakan bahawa lonjakan harga pengguna saat ini adalah sementara. Walaupun demikian, pernyataan keseluruhan dari Federal Reserve tetap kabur, justerunya para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai data-data ekonomi serta pernyataan dasar yang lebih lanjut untuk menjangkakan kemungkinan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.41% ke 91.85.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.14% ke $73.33 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan prospek positif dalam peluncuran vaksinasi Covid-19 telah terus mencetuskan permintaan yang ketara ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.10% ke $1785.05 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 Existing Home Sales (May) 5.85M 5.72M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 92.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 91.50.

 

Tahap rintangan: 92.45. 93.25

Tahap sokongan: 91.50, 90.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3925. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3925, 1.3990

Tahap sokongan: 1.3810, 1.3695

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1855. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkna keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1955.

 

Tahap rintangan: 1.1955, 1.2065

Tahap sokongan: 1.1855, 1.1725

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 110.30. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.30, 110.90

Tahap sokongan: 109.75, 109.05

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7465. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7585.

 

Tahap rintangan: 0.7585, 0.7700

Tahap sokongan: 0.7465, 0.7365

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6940. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7120.

 

Tahap rintangan: 0.7120, 0.7300

Tahap sokongan: 0.6940, 0.6770

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2360. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2480, 1.2605

Tahap sokongan: 1.2360, 1.2275

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9180. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannnya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9235, 0.9305

Tahap sokongan: 0.9180, 0.9135

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 73.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 73.70, 78.50

Tahap sokongan: 66.30, 59.35

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1766.85. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1795.85, 1814.35

Tahap sokongan: 1766.85, 1729.60