83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Jun 2022                         Analisis Sesi Pagi

Dolar AS meningkat selepas data optimis dikeluarkan.

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama meningkat pada hari Selasa selepas data ekonomi bullish dikeluarkan. Menurut kepada National Association of Realtors, Existing Home Sales AS untuk bulan Mei telah mencatatkan bacaan sebanyak 5.41M, yang melebihi ramalan pasaran sebanyak 5.39M. Data tersebut digunakan untuk mengukur perubahan dalam bilangan tahunan bangunan kediaman sedia ada yang dijual pada bulan sebelumnya. Bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan menunjukkan bahawa pemulihan dalam pasaran perumahan AS, yang membawa prospek positif ke arah kemajuan ekonomi di AS. Selain itu, kemerosotan Yen Jepun juga telah mendorong momentum bullish pada Dolar AS. Bank of Japan terus mengekalkan dasar monetarinya yang sangat longgar berkemungkinan akan mengurangkan keuntungan tanpa risiko para pelabur di Jepun, yang mendorong peralihan modal mereka ke arah mata wang lain yang mempunyai prospek yang lebih baik seperti Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.29% ke 104.18.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.37% ke $109.12 setong semasa penulisan. Namun begitu, aliran keseluruhan harga minyak kekal menaik berikutan permintaan bahan api musim panas yang tinggi manakala bekalan kekal ketat kerana sekatan ke atas minyak Rusia. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.33% ke $1832.90 se-troy auns semasa penulisan di tengah-tengah kelonjakan Dolar AS.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

21:30                     USD                                        Fed Chair Powell Testifies

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – CPI (YoY) (May) 9.0% 9.1%
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (May) 0.7% 0.4%

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melnatun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 104.80, 105.90

Tahap sokongan: 103.65, 102.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokngan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1.2270, 1.2360

Tahap sokongan: 1.2190, 1.2080

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1.0530, 1.0605

Tahap sokongan: 1.0450, 1.0385

 

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 137.35, 138.60

Tahap sokongan: 136.00, 135.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mangalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.7005, 0.7075

Tahap sokongan: 0.6930, 0.6850

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.6350, 0.6405

Tahap sokongan: 0.6295, 0.6235

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2940, 1.3030

Tahap sokongan: 1.2875, 1.2800

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9675, 0.9740

Tahap sokongan: 0.9595, 0.9520

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 111.25, 115.40

Tahap sokongan: 106.95, 102.20

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1841.85, 1855.50

Tahap sokongan: 1829.90, 1819.70