83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Jun 2022                         Analisis Sesi Petang

Euro telah menurun berikutan risiko kemelesetan ekonomi berlegar dalam pasaran.

Euro telah berundur daripada paras yang lebih tinggi di tengah-tengah peserta pasaran khuatir bahawa Jerman mungkin akan menghadapi risiko kemelesetan tertentu sekiranya bekalan gas dari Rusia berhenti sepenuhnya. Pada masa ini, EU bergantung kepada Rusia sebanyak 40% manakala 55% untuk Jerman. Harga gas pada masa ini telah mencecah paras rekod, memacu lonjakan ketara dalam risiko inflasi dan menambahkan lagi cabaran bagi penggubal dasar yang cuba memberangsangkan perkembangan ekonomi di Eropah. Walaupun Eropah sedang mencari lebih banyak bekalan gas daripada pengeluarnya sendiri dari Norway dan negeri lain, kebanyakan pengeluar telah mencapai had mereka. Gangguan bekalan berikutan peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine telah terus mencetuskan risiko stagflasi selanjutnya pada masa hadapan. Persatuan industri BDI Jerman pada hari Selasa telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonominya untuk 2022 ke bacaan sebanyak 1.5% dari bacaan terdahulu sebanyak 3.5% yang dijangkakan sebelum perang di antara Rusia-Ukraine bermula pada 24 Februari. Semasa penulisan, EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.14% ke 1.0510.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 3.84% ke $105.50 setong sehingga berita ini ditulis berikutan Presiden AS Joe Biden berikrar bahawa beliau akan cuba menurunkan kos bahan api yang melambung tinggi, termasuk mengenakan tekanan ke atas firma minyak utama AS untuk membantu mengurangkan kesakitan pengguna akibat daripada kenaikan harga minyak baru-baru ini. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.28% ke $1828.85 setiap auns troy setakat penulisan berikutan Rizab Persekutuan melancarkan nada hawkish mereka terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

21:30                     USD                                        Fed Chair Powell Testifies

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – CPI (YoY) (May) 9.0% 9.1%
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (May) 0.7% 0.4%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 104.40, 105.25

Tahap sokongan: 103.55, 102.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2320, 1.2400

Tahap sokongan: 1.2240, 1.2140

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1.0560, 1.0640

Tahap sokongan: 1.0470, 1.0385

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 137.70, 140.95

Tahap sokongan: 131.40, 126.45

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.7050, 0.7165

Tahap sokongan: 0.6865, 0.6720

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6535, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6225, 0.6070

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2975, 1.3050

Tahap sokongan: 1.2860, 1.2765

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9745, 0.9825

Tahap sokongan: 0.9655, 0.9560

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepa sia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.25, 112.05

Tahap sokongan: 105.35, 100.70

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 1833.15, 1844.00

Tahap sokongan: 1818.80, 1807.95