22 Julai 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar mengekalkan kekukuhannya di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah.
Indeks dolar telah mengekalkan kekukuhannya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama semasa ketegangan di Teluk AS telah memberi sokongan kepada nilai dolar. Walaupun dengan peningkatan jangkaan pemotongan kadar, permintaan dolar masih tinggi akibat daripada ketegangan Timur Tengah yang meningkatkan keyakinan pelabur terhadap dolar. Ketegangan yang makin meningkat di perairan bagi pembekalan minyak iaitu Strait of Hormuz susulan dengan penyitaan kapal tangki UK telah meningkatkan penampilan dolar sebagai aset selamat dan mendorong para pelabur untuk memasuki ke dalam pasaran dolar. Selain itu, dolar juga menerima sokongan menaik selepas Presiden New York John Williams menyatakan bahawa kenyataan yang diberikan oleh beliau baru-baru ini adalah dari aspek penjelasan teoretikal dan bukannya sebarang isyarat pelan dasar kewangan. Komen tersebut telah mengurangkan jangkaan pemotongan kadar sebanyak 50 mata asas bagi jangka yang terdekat. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.05% ke 96.80 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.05% ke 1.1217 semasa penulisan berlatarbelakangkan jangkaan pemotongan kadar faedah dari ECB. Menurut kepada laporan terkini, kemungkinan pemotongan kadar sebanyak 10 mata asas oleh ECB telah meningkat sebanyak 60% bagi minggu ini berbanding dengan jangkaan 40% pada minggu lepas. Pada masa yang sama, data PPI Jerman yang negatif juga menambah tekanan menurun bagi euro dengan bacaan sebanyak -0.4% berbanding dengan ramalan ekonomis sebanyak -0.1%. Ia adalah penyusutan kadar inflasi yang terbesar sejak Disember 2018.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.59% ke $56.07 setong berikutan dengan ketegangan di Timur Tengah yang makin teruk. Pengawal Revolusi Iran mengumumkan bahawa mereka telah menyita sebuah kapal tangki minyak UK sebagai tindak balas terhadap penyitaan kapal tangki minyak Iran oleh UK pada awal bulan ini. Ketegangan tersebut bakal menjejaskan pembekalan minyak dan mendorong kepada peningkatan harga minyak. Selain itu, harga emas telah melantun sebanyak 0.17% ke $1427.96 selepas ia menjunam akibat dengan kekukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 96.35. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 97.00.
Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.35, 95.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 1.2490. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2555, 1.2610
Tahap sokongan: 1.2490, 1.2425

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1245. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1185.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1285
Tahap sokongan: 1.1185, 1.1120

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan garisan MA-60 (merah). MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas garisan MA-60 tersebut.
Tahap rintangan: 108.20, 108.70
Tahap sokongan: 107.60, 107.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 0.7040. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7090, 0.7135
Tahap sokongan: 0.7040, 0.7000

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.6770. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6770, 0.6825
Tahap sokongan: 0.6720, 0.6675

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3050. Oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan pada tahap rintangan 1.3090 atau tahap sokongan 1.3050 adalah diperlukan bagi mendapatkan pengesahan selanjutnya sebelum memasuki ke dalam pasaran.
Tahap rintangan: 1.3090, 1.3110
Tahap sokongan: 1.3050, 1.3015

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada garisan MA-20 (hijau). MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas garisan MA-20 tersebut.
Tahap rintangan: 0.9860, 0.9905
Tahap sokongan: 0.9805, 0.9750

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 56.30. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 56.30, 57.95
Tahap sokongan: 54.60, 52.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1421.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1435.90.
Tahap rintangan: 1435.90, 1453.75
Tahap sokongan: 1421.40, 1405.00