22 Julai 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar jatuh susulan keraguan terhadap rangsangan selanjutnya
Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang didagang dengan sebakul enam pasangan mata wang utama kekal melanjutkan kejatuhannya susulan dengan AS bergelut untuk mencapai persetujuan dalam langkah-langkah rangsangan selanjutnya. Mengikuti perkembangan terbaru, Kongres A.S. meneruskan perbincangan mereka mengenai melanjutkan tuntutan pengangguran yang akan berakhir pada akhir bulan Julai, serta memberikan lebih banyak dana kepada sekolah. Namun, perselisihan antara Republikan dan Demokrat mengenai jumlah wang yang harus dibelanjakan untuk langkah-langkah ini telah menurunkan kemungkinan rangsangan ini dapat dilalui. Speaker Dewan Negara Nancy Pelosi menyatakan bahawa bungkusan $ 1 trilion yang dijangkakan oleh Republikan tidak mencukupi. Sebaliknya, dolar juga terus ditekan oleh peningkatan selera risiko yang disebabkan oleh berita mengenai pengembangan vaksin. Pada masa penulisan, indeks dolar telah merosot sebanyak 0.05% hingga 95.01.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah merosot sebanyak 0.10% kepada $ 41.66 setong semasa penulisan susulan keadaan COVID-19 yang semakin teruk di AS kekal menimbang di pasaran. A.S. telah mencatatkan lebih dari 1,000 kematian untuk pertama kalinya sejak bulan Jun dalam tempoh 24 jam sementara jumlah kematian meningkat di 21 negeri. Keadaan yang semakin buruk akan mencederakan prospek permintaan, justerunya memberi tekanan pada komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.72% kepada $ 1854.97 pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar terus meningkatkan permintaan emas yang selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Jun) | -0.1% | – | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Jun) | 3.91M | 4.86M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories | -7.493M | -2.098M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 95.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 95.65, 96.20
Tahap sokongan: 95.05, 94.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2730. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2665.
Tahap rintangan: 1.2730, 1.2790
Tahap sokongan: 1.2665, 1.2580

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1555. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1555, 1.1710
Tahap sokongan: 1.1365, 1.1175

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 106.95.
Tahap rintangan: 106.95, 107.35
Tahap sokongan: 106.65, 106.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7115. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7115, 0.7295
Tahap sokongan: 0.7025, 0.6810

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6580. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6755.
Tahap rintangan: 0.6755, 0.6920
Tahap sokongan: 0.6580, 0.6480

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3505. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3355.
Tahap rintangan: 1.3505, 1.3675
Tahap sokongan: 1.3355, 1.3210

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9320. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9365.
Tahap rintangan: 0.9365, 0.9430
Tahap sokongan: 0.9320, 0.9265

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 42.50. MACD yang menunjukkan isyarat momemtum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 41.35.
Tahap rintangan: 42.50, 43.55
Tahap sokongan: 41.35, 40.10

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundru dari tahap rintangan di 1860.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1850.00.
Tahap rintangan: 1860.65, 1865.65
Tahap sokongan: 1850.00, 1843.30