22 Julai 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut di tengah peningkatan sentimen risiko.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyusut paras tinggi baru-baru ini berikutan pasaran saham global memulih dengan ketara, yang meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan global sambil mengurangkan permintaan pasaran ke atas aset selamat Dolar AS. Sebelumnya, lonjakan kes-kes Delta varian telah meningkatkan kebimbangan para pelabur, yang mendorong pasaran saham global turun tajam pada hari Isnin. Meskipun demikian, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya di tengah optimisme terhadap rang undang-undang perbelanjaan infrastruktur baru dari Presiden AS Joe Biden. Senat AS, Senator Demokrat Joe Manchin mendakwa bahawa mereka adalah sangat dekat untuk mencapai rancangan infrastruktur bipartisan dalam beberapa hari. Penganalisis berspekulasi bahawa rancangan infrastruktur akan meningkatkan momentum ekonomi di Amerika Syarikat. Sementara kini, para pelabur akan terus meneliti kemas kini berkenaan dengan pengembangan Covid-19 serta data ekonomi lebih lanjut untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah melonjak 0.06% ke 92.80.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.14% ke $70.60 setong semasa penulisan. Harga minyak mentah telah meningkat dengan ketara semalam susulan dengan pembetulan teknikal selepas mengalami penurunan yang ketara pada awal minggu ini. Para pelabur masih tetap optimis bahawa proses vaksinasi yang pantas dapat meningkatkan permintaan minyak di masa depan. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1802.20 se troy auns di tengah penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Retail Sales (MoM) (Jun) | -1.40% | 0.50% | – |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jul) | 65.1 | 64.1 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI | 63.9 | 62.7 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI | 62.4 | 62 | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (May) | -7.20% | -2.00% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -7.897M | -4.466M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahpa sokongan 92.70. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 93.25, 94.10
Tahap sokongan: 92.70, 92.00

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3740. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3740, 1.3900
Tahap sokongan: 1.3565, 1.3415

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1850. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1725.
Tahap rintangan: 1.1850, 1.1955
Tahap sokongan: 1.1725, 1.1635

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 109.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.45, 110.95
Tahap sokongan: 109.75, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7320. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7410.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7495
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7240

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7305
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2585. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2585, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2275

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9230. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9135.
Tahap rintangan: 0.9230, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9135, 0.9035

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 70.15. MACD yang memaparkan mometnum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 70.15, 76.20
Tahap sokongan: 66.35, 61.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1813.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1788.95.
Tahap rintangan: 1813.05, 1820.85
Tahap sokongan: 1800.25, 1788.95