22 Oktober 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar mengehadkan kerugiannya sementara fokus kepada rangsangan A.S.
Semasa lewat sesi Asia, dolar A.S yang mengukur nilainya berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah mengembalikan keuntungannya secara perlahan-lahan dan melantunnya sementara pasaran terus memberi tumpuan kepada perkembangan kongres A.S. dalam meluluskan rangsangan terbaru. Baru-baru ini, dolar telah merosot ke tahap terendah sejak 2 September setelah Presiden AS Donald Trump dan Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi memberikan kenyataan positif yang meningkatkan harapan rangsangan AS sebelum 3 November. Namun, optimisme tersebut kini telah memudar kerana penentangan yang berterusan dari Senat Republikan mengurangkan kemungkinan untuk rangsangan tersebut dilancarkan sebelum pilihan raya. Pelosi juga menyatakan bahawa sementara dia tetap optimis, dia juga mengakui bahawa rangsangan tersebut berkemungkinan tidak dapat dilalui sebelum AS menuju kepada pemilihan. Mengikuti perkembangan tersebut, dolar AS berjaya mengehadkan kerugiannya. Sementara itu, pasaran akan terus fokus pada pengembangan lebih lanjut dan perdebatan presiden yang akan datang di antara Donald Trump dan Joe Biden. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.19% kepada 92.73.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan kerugian dan menjunam sebanyak 0.50% kepada $39.75 setong pada masa penulisan berikutan dengan prospek permintaan yang lemah. Dengan jangkitan COVID-19 di AS dan Eropah terus mencapai rekod harian, sekatan dan penutupan pelancongan dari China sekali lagi akan mengurangkan permintaan bahan bakar dan membebani harga minyak. Di samping itu, skeptisisme terhadap paket rangsangan juga menambah kepada pandangan yang semakin teruk ketika Presiden Donald Trump menuduh Demokrat menahan perjanjian yang sudah kompromi. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.55% kepada $ 1913.95 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah lantunan dalam dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17:25 UK BoE Gov Bailey Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 898K | 860K | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Sep) | 6.00M | 6.30M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 94.50, 94.75
Tahap sokongan: 92.60, 91.65

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3165. MACD yang memapakran momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3070.
Tahap rintangan: 1.3165, 1.3215
Tahap sokongan: 1.3070, 1.2975

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1865. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1830.
Tahap rintangan: 1.1865, 1.1910
Tahap sokongan: 1.1830, 1.1790

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 104.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 105.15, 106.60
Tahap sokongan: 104.30, 103.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7110. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7065.
Tahap rintangan: 0.7110, 0.7150
Tahap sokongan: 0.7065, 0.7010

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6640. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6670, 0.6710
Tahap sokongan: 0.6640, 0.6600

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.3190. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3190, 1.3250
Tahap sokongan: 1.3095, 1.2990

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9040. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9085.
Tahap rintangan: 0.9085, 0.9130
Tahap sokongan: 0.9040, 0.8995

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 39.65. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 41.30, 43.05
Tahap sokongan: 39.65, 38.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1910.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1929.45, 1952.45
Tahap sokongan: 1910.70, 1892.65