83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Oktober 2021                                Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melonjak susulan dengan data ekonomi positif.

Indeks Dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat keuntungannya dengan latar belakang data ekonomi bullish semalam, yang mencetuskan prospek positif terhadap momentum ekonomi di Amerika Syarikat sambil meningkatkan hasil Perbendaharaan A.S. Menurut kepada National Association of Realtors, A.S. Existing Home Sales telah mencapai paras tertinggi sehingga lapan bulan daripada bacaan terdahulu sebanyak 5.8M ke bacaan sebanyak 6.29M, melebihi jangkaan pasaran pada 6.09M. Sementara itu, Department of Labor juga melaporkan bahawa A.S. Initial Jobless Claims telah memberi bacaan sebanyak 290K, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 300K. Para pelabur berspekulasi bahawa data ekonomi optimisme tersebut akan meningkatkan kebarangkalian bagi Federal Reserve untuk mengurangkan program pembelian bon mereka dan juga mengetatkan dasar monetari. Pengetatan dasar monetari akan mengurangkan peredaran wang di pasaran AS, yang mengurangkan risiko inflasi di masa depan sambil meningkatkan daya tarikan untuk Dolar AS.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.10% ke $82.95 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya di tengah kekurangan kes-kes Covid-19 di seluruh dunia yang mendorong pihak berkuasa untuk melonggarkan kawalan pergerakan sebelumnya, yang mencetuskan harapan untuk pemulihan ekonomi pada masa depan sambil memacu momentum bullish ke atas harga minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.10% ke $1785.70 se troy auns semasa penulisan di tengah pengukuhan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

18:00                     EUR                       EU Leaders Summit

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Retail Sales (MoM) (Sep) -0.90% 0.40%
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (Oct) 58.4 56.9
16:30 GBP – Composite PMI (Oct) 54.9
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Oct) 57.1
16:30 GBP – Services PMI (Oct) 55.4
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) -1.00% 3.00%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 93.50. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 94.05.

 

Tahap rintangan: 94.05, 94.50

Tahap sokongan: 93.50, 93.05

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3825. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3755.

 

Tahap rintangan: 1.3825, 1.3880

Tahap sokongan: 1.3755, 1.3665

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1680. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1680, 1.1875

Tahap sokongan: 1.1530, 1.1370

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 114.55. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 113.45.

 

Tahap rintangan: 114.55, 115.40

Tahap sokongan: 113.45, 112.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7530. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7435.

 

Tahap rintangan: 0.7530, 0.7595

Tahap sokongan: 0.7435, 0.7335

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7155. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7240, 0.7300

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7110

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1.2440. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2440, 1.2625

Tahap sokongan: 1.2265, 1.2040

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9155.

 

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9365

Tahap sokongan: 0.9155, 0.9075

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 81.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 85.85, 88.50

Tahap sokongan: 81.50, 78.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1780.80. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1793.35, 1805.85

Tahap sokongan: 1780.80, 1766.05