22 Disember 2020 Analisis Sesi Petang
Aussie jatuh walaupun dengan data Retail Sales yang kukuh.
Semasa sesi Asia lewat, dolar Aussie yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh susulan dengan pasaran mengabaikan keputusan data Retail Sales yang optimis sambil mengambil petunjuk dari suasana risiko. Menurut kepada Biro Statistik Australia, penjualan runcit di Australia telah meningkat dengan ketara kepada 7%, lebih baik daripada bacaan sebelumnya sebanyak 1.4%. Data tersebut juga menunjukkan peningkatan untuk bulan ketiga berturut-turut dan menandakan peningkatan terbesar sejak awal Julai. Namun begitu, pasaran gagal meraikan data positif tersebut kerana sentimen perdagangan secara keseluruhan di pasaran tetap suram akibat koronavirus yang semakin teruk. Setakat ini, para pelabur sedang menghadamkan berita mengenai koronavirus baru yang bahaya di UK dan menyebabkan lebih daripada 40 negara menyekat perjalanan kepada U.K. Para pelabur kini akan menunggu pengumuman rasmi dalam pakej bantuan Covid-19 AS untuk menentukan arah selanjutnya untuk pasangan ini. Pada masa penulisan, AUD/USD telah jatuh sebanyak 0.16% menjadi 0.7570.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah tetap lemah dan merosot sebanyak 0.06% kepada $47.78 setong pada masa penulisan berikutan dengan kebimbangan yang berterusan terhadap prospek permintaan. Penyebaran koronavirus baru yang sedang menular terus mencetuskan ketakutan terhadap sekatan global dalam perjalanan dan mempengaruhi permintaan untuk penggunaan bahan bakar. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.37% kepada $ 1883.70 se troy auns pada waktu penulisan berikutan dengan penurunan risiko di pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | GBP – GDP (QoQ)(Q3) | -19.8% | 15.5% | – |
| 21:30 | USD – GDP (QoQ)(Q3) | -31.4% | 33.1% | – |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence (Dec) | 96.1 | 97.0 | – |
| 23:00 | USD – Existing Home Sales (Nov) | 6.85M | 6.70M | – |
| 05:30
(22hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 1.973M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 90.00. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 90.95, 91.80
Tahap sokongan: 90.00, 89.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3450. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3450, 1.3520
Tahap sokongan: 1.3365, 1.3280

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2260. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2260, 1.2330
Tahap sokongan: 1.2165, 1.2075

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 103.30. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 103.70, 104.05
Tahap sokongan: 103.30, 102.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7575. Namun, MACD yang memaparkan momentum beraish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7575, 0.7635
Tahap sokongan: 0.7510, 0.7450

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7105. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7105,0.7165
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6930

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2890. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2720.
Tahap rintangan: 1.2890, 1.3025
Tahap sokongan: 1.2720, 1.2520

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.8835. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.8915, 0.8980
Tahap sokongan: 0.8835, 0.8755

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 47.80. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurnagan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 47.80, 48.55
Tahap sokongan: 46.70, 45.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1868.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1896.30, 1925.40
Tahap sokongan: 1868.15, 1832.60