23 Februari 2021 Analisis Sesi Petang
Paun melonjak susulan UK melonggarkan sekatan.
Semasa lewat sesi Asia, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain terus melanjutkan keuntungannya berikutan dengan pengumuman mengenai strategi keluaran sekatan COVID-19 dari Boris Johnson. Menurut kepada laporan, Perdana Menteri UK Boris Johnson menyatakan bahawa rancangan pencegahan dan kawalan wabak koronavirus dibahagikan kepada 4 fasa dan setiap fasa berlangsung selama 5 minggu untuk memastikan bahawa trend penyebaran wabak ini terus menurun. Pada fasa pertama, semua sekolah akan dibuka semula, dan aktiviti rekreasi di tempat awam akan dibuka secara perlahan-lahan dengan tidak lebih dari 2 orang setiap kumpulan. Sebilangan besar sektor ekonomi hanya akan dibenarkan dibuka semula pada fasa kedua mulai 12 April. Beliau menyatakan bahawa semua sekatan sosial yang dikenakan disebabkan oleh Covid-19 dapat diangkat seawal-awalnya pada 21 Jun. Justerunya, para pelabur lebih optimis terhadap ekonomi UK untuk beberapa bulan yang akan datang. Pada masa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.10% kepada 1.4073.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.87% kepada $62.64 setong semasa penulisan berikutan pengembalian output yang perlahan. Menurut kepada laporan, para pengeluar minyak di Texas memerlukan masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk memulakan semula pengeluaran minyak mentah yang ditutup lebih dari 2 juta tong sehari kerana paip beku dan gangguan bekalan elektrik disebabkan oleh cuaca sejuk telah melambatkan pemulihan mereka. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.23% kepada $ 1813.54 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kelemahan dolar yang berterusan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | GBP – Average Earning Index + Bonus (Dec) | 3.6% | 4.1% | – |
| 15:00 | GBP – Claimant Count Change (Jan) | 7.0K | 35.0K | – |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY)(Jan) | 0.3% | 0.2% | – |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence (Feb) | 89.3 | 90.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 90.15. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.60.
Tahap rintangan: 90.15, 90.85
Tahap sokongan: 89.60, 89.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.4085. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasanagan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.4085, 1.4175
Tahap sokongan: 1.3955, 1.3855

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2165. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2165, 1.2215
Tahap sokongan: 1.2110, 1.2065

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 104.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 105.65, 106.00
Tahap sokongan: 104.95, 104.55

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7940. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7880.
Tahap rintangan: 0.7940, 0.7980
Tahap sokongan: 0.7880, 0.7800

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7335. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7335, 0.7510
Tahap sokongan: 0.7155, 0.6890

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2595. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2690, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2595, 1.2540

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.8980. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.8925.
Tahap rintangan: 0.8980, 0.9045
Tahap sokongan: 0.8925, 0.8845

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 62.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 62.55, 64.40
Tahap sokongan: 58.90, 55.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1818.80. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1818.80, 1844.50
Tahap sokongan: 1788.40, 1764.10