23 Februari 2022 Analisis Sesi Pagi
Rundingan AS-Rusia berkemungkinan dibatalkan.
Permintaan bagi aset selamat adalah masih tinggi di dalam pasaran berikutan dengan perkembangan terkini mengenai ketegangan diantara Rusia dan Ukraine. Pada semalam, Setiausaha AS Antony Blinken mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertemu dengan Menteri Luar Negara Sergey Lavroy seperti yang telah dijadualkan. Susulan dengan pengumuman tersebut, White House menyatakan bahawa rundingan diantara presiden AS dan Rusia berkemungkinan untuk dibatalkan berikutan dengan perkembangan baru-baru ini. Namun, White House menegaskan bahawa mereka masih terbuka kepada rundingan. Terdahulu, Presiden Rusia Vladimir Putin telah menandatangani dekri untuk mengisytihar kemerdekaan dua wilayah Ukraine yang dikuasai oleh pemisah. Susulan dengan dekri tersebut, imej satelit memaparkan bahawa Rusia telah menghantar pasukan tenteranya ke dua wilayah tersebut. Tindakan ini telah mencetuskan kebimbangan bahawa Rusia akan menyerang Ukraine pada bila-bila masa. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.01% ke 96.02.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.03% ke $91.51 setong sementara para pelabur menunggu laporan rasmi mengenai inventori dari Energy Information Administration. Sementara itu, harga emas didagang secara tidak berubah berhampiran $1,898.53 se troy auns sementara menunggu isyarat yang lebih lanjut mengenai ketegangan Rusia dan Ukraine.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17:30 GBP Inflation Report Hearings
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
18:00 | EUR – CPI (YoY) (Jan) | 5.00% | 5.10% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.60, 97.65
Tahap sokongan: 95.80, 94.75
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3630, 1.3690
Tahap sokongan: 1.3570, 1.3510
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1340, 1.1390
Tahap sokongan: 1.1270, 1.1200
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 115.40, 116.25
Tahap sokongan: 114.55, 113.50
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7225, 0.7270
Tahap sokongan: 0.7180, 0.7140
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6740, 0.6780
Tahap sokongan: 0.6710, 0.6670
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2785, 1.2835
Tahap sokongan: 1.2715, 1.2660
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9230, 0.9225
Tahap sokongan: 0.9210, 0.9190
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 93.15, 96.30
Tahap sokongan: 91.00, 89.00
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1909.70, 1924.15
Tahap sokongan: 1889.75, 1875.10