83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Februari 2023                               Analisis Sesi Petang

Kiwi meningkat selepas RBNZ menaikkan kadar faedah dengan agresif.

Dolar New Zealand, mata wang yang banyak didagangkan oleh pelabur global, meningkat selepas Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) secara agresif menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas ke 4.75%. Menurut kepada kenyataan dasar monetari Reserve Bank of New Zealand, kadar inflasi tahunan negara adalah pada 7.2%, yang masih jauh daripada kadar faedah sasaran bank pusat iaitu 2%. Kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif pada masa hadapan tidak boleh menolak. Ahli-ahli bank pusat menyebut bahawa kadar inflasi pada bulan Disember 2022 adalah lebih rendah daripada jangkaan, tetapi kadar faedah yang lebih tinggi diperlukan untuk memastikan tekanan inflasi berkurangan. Di samping itu, ribut kuat di Pulau Utara telah mengganggu operasi pelbagai industri dan infrastruktur dengan teruk, menyebabkan kekurangan bekalan dan memberi tekanan ke atas harga barang, jadi kadar inflasi masa depan berkemungkinan kekal tinggi. Selain itu, kadar pengangguran yang sebanyak 3.4% pada suku terakhir 2022 telah menunjukkan pasaran buruh masih kukuh di negara ini. Oleh itu, perbelanjaan isi rumah yang kukuh akan terus menyokong kadar inflasi di New Zealand. Bagaimanapun, keuntungan NZD telah dihadkan oleh kenyataan hawkish daripada Federal Reserve. Menurut kepada minit mesyuarat FOMC, pegawai Fed membayangkan bahawa mereka akan mengetatkan lagi dasar monetari. Sehingga penulisan, NZD/USD meningkat 0.47% ke $0.6246.

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.51% ke $74.33 setong setakat ini, kerana Rusia mungkin mengurangkan lagi bekalan sebanyak 500,000 tong minyak. Selain itu, di bawah tekanan daripada dolar AS yang lebih kukuh, harga emas turun -0.22% ke $1837.40 setiap troy auns semasa penulisan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
18:00 EUR – CPI (YoY) (Jan) 8.5% 8.6%
21:30 USD – GDP (QoQ) (Q4) 2.9% 2.9%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 194K 200K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan di 104.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 103.20.

Tahap Rintangan: 104.45, 105.85

Tahap Sokongan: 103.00, 101.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

Tahap Rintangan: 1.2145, 1.2300

Tahap Sokongan: 1.2010, 1.1900

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah.. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0635

Tahap rintangan: 1.0635, 1.0790

Tahap sokongan: 1.0505, 1.0360

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

Tahap rintangan: 136.30, 138.15

Tahap sokongan: 130.25, 134.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6870

Tahap rintangan: 0.6870, 0.6955

Tahap sokongan: 0.6775, 0.6685

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6265.

Tahap rintangan: 0.6265, 0.6325

Tahap sokongan0.6195, 0.6120

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3515. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

Tahap rintangan: 1.3560, 1.3685

Tahap sokongan: 1.3420, 1.3330

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan di 0.9320. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.9240.

Tahap rintangan: 0.9320, 0.9380

Tahap sokongan: 0.9240, 0.9195

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 76.05.

Tahap rintangan: 76.05, 78.70

Tahap sokongan: 73.20, 70.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. Namum, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 1860.10, 1885.95

Tahap sokongan: 1833.55, 1811.45